Page 26 - BUKU PENGURUSAN SEKOLAH TAHUN 2020
P. 26
Panduan Pengurusan Sekolah 2020, SMK Tunku Panglima Besar
ETIKA PROFESIONALISME PERKHIDMATAN SMK TUNKU PANGLIMA
BESAR 09000 KULIM
1. MASA BERTUGAS GURU
1.1 Waktu masuk : Sebelum 7.25 pagi pada setiap hari persekolahan.
1.2 Waktu balik : Selepas 2.40 petang
1.3 Masa Bertugas Penolong - Penolong Kanan dan Guru Kanan Mata Pelajaran:
1.3.1 Penolong Kanan Pentadbiran 7.30 pagi hingga 4.00 petang
1.3.2 Penolong Kanan Hal Ehwal Murid pada hari – hari ditetapkan
1.3.3 Penolong Kanan Kokurikulum (mengikut Jadual Bertugas
1.3.4 Semua Guru Kanan Mata Pelajaran Pentadbir)
1.4 Jadual aktiviti sukan/aktiviti kokurikulum/ tugas khas – wajib hadir mengikut ketetapan yang
akan diberitahu.
1.5 Guru yang melaksanakan tuisyen perlu membuat surat permohonan kepada pentadbir
sekolah. Guru hanya dibenarkan membuat tuisyen 4 jam sahaja, sekiranya lebih dari 4 jam,
guru boleh dikenakan kompaun RM 3000 dan pentadbir dikenakan surcharge.
2. KEHADIRAN
2.1 Rekod Kehadiran
2.1.1 Semua guru wajib merekodkan kehadiran (waktu hadir dan waktu pulang) dalam sistem
Kad Perakam Waktu kerja.
2.1.2 Guru perlu memaklumkan pergerakan keluar contoh : mesyuarat / bengkel / kursus
dan merekod dalam Buku Pergerakan Keluar Guru.
2.1.3 Jika tidak dapat hadir sekolah kerana sakit guru dan staf perlu:
2.1.3.1 Telefon, mesej ke sekolah kepada Pengetua/Penolong Kanan dengan
kadar segera memaklumkan sakit dan memohon cuti sakit dan perlu
memaklumkan dengan kadar segera kepada Guru Kanan sebelum 7.00 pagi
supaya jadual ganti kelas dapat segera disediakan. Ketidakhadiran guru wajib
dimaklumkan melalui aplikasi Telegram “Makluman Ketidakhadiran Guru”
sekolah.
2.1.3.2 Serahkan Sijil Sakit untuk pengesahan Pengetua dan seterusnya kepada
Pembantu Operasi untuk rekod.
2.1.3.3 Cuti Bersalin: sebaik sahaja mendapat sijil Cuti Bersalin, perlu serahkan
dengan kadar segera untuk urusan pengambilan Guru Ganti
2.1.4 Keluar Kawasan Sekolah
2.1.4.1 Semasa bertugas, semua staf perlu berada di dalam kawasan sekolah.
2.1.4.2 Jika perlu meninggalkan kawasan sekolah untuk tujuan urusan rasmi /
kecemasan, semua staf perlu :
2.1.4.3 Memaklumkan kepada Pengetua atau Penolong Kanan Pentadbiran (jika
Pengetua bertugas di luar sekolah), untuk tujuan kebenaran.
2.1.4.4 Semua staf yang perlu keluar kawasan sekolah mesti melengkapkan Buku
Permohonan Keluar Sekolah dan memasukkan dalam Sistem Kehadiran
semasa hendak keluar.
VISI : Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
MISI : Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu
Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
17

