Page 28 - BUKU PENGURUSAN SEKOLAH TAHUN 2020
P. 28
Panduan Pengurusan Sekolah 2020, SMK Tunku Panglima Besar
5. PAKAIAN & KASUT
5.1 Semua guru dan semua staf sokongan adalah Penjawat Awam dan dengan ini adalah tertakluk
kepada Peraturan Berpakaian Penjawat Awam semasa menjalankan tugas rasmi dan semasa
berada di dalam kawasan bertugas.(Ruj:SPP Bil. 2 Tahun1985, Pekara 6 Peraturan-peraturan
Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib 1993, SPP Bil 1/2006, SPP Bil1/2008, SPP Bil
9/2013).
5.2 Penampilan diri, khususnya pemilihan pakaian ke pejabat hendaklah mengikut peraturan yang
ditetapkan. Penampilan perlu sopan , bersesuaian dan tidak mencolok mata, tidak ketat
agar ianya tidak menyalahi tuntuan agama dan budaya masing-masing serta peraturan
yang ditetapkan
5.3 Semua guru dan semua staf sokongan adalah mestilah memakai kasut bertutup, berwarna
gelap, stoking berwarna gelap (lelaki), kasut hendaklah bertumit tidak lebih dari
2.0inci(perempuan).
6. SEMUA GURU ADALAH GURU DISIPLIN (Rujuk SPI dilampirkan)
6.1 Guru hendaklah bertindak dengan menegur / mengambil tindakan kepada masalah disiplin
murid, khasnya dalam aspek – aspek berikut:
6.1.1 Adab dengan guru dan adab sesama murid
6.1.2 Peraturan di kantin
6.1.3 Merayau di luar kelas/bilik darjah
6.1.4 Tidak berada di dalam kelas semasa waktu rehat
6.1.5 Ketrampilan sebagai murid sekolah (pakaian sekolah/rambut)
6.1.6 Vandalisma, khususnya perabot di dalam kelas dan harta benda sekolah amnya
7. BUKU REKOD MENGAJAR
7.1 Setiap guru akan diberikan sebuah buku rekod mengajar dan buku rekod pemantauan PdPc,
guru bertanggungjawab terhadap keselamatan buku tersebut
7.2 Semua butiran hendaklah disempurnakan dengan teliti, kemas dan dilengkapkan dengan
maklumat – maklumat berikut: (Rujuk Pekeliling Ikhtisas Bi..3/1999 dan P.U.(A)) 531 –
Peraturan – peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1977, iaitu:
7.2.1 Butir Peribadi Guru
7.2.2 Jadual Waktu Peribadi dan Kelas
7.2.3 Sukatan Pelajaran
7.2.4 Rancangan Pelajaran
7.2.5 Senarai Buku Teks dan Buku Rujukan
7.2.6 Rancangan Tahunan dan Rancangan Harian
7.2.7 Headcount Kelas dan Mata Pelajaran yang diajar
7.2.8 Markah Ujian / Peperiksaan yang dikemaskini
7.2.9 Catatan Kehadiran Mesyuarat / Bengkel / Kursus
7.3 Buku Rekod Mengajar mesti dibawa ke kelas semasa sesi Pengajaran dan Pembelajaran
(Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas dalam 5.2).
7.4 Buku ini hendaklah diserahkan ke pejabat pada hari Khamis atau hari terakhir persekolahan
untuk disemak dan ditanda tangani oleh pentadbir sekolah.
7.5 Jika seseorang guru bercuti atau berkursus, Buku Rekod Mengajar perlu
diserahkan kepada Penolong Kanan Pentadbiran
VISI : Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
MISI : Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu
Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
19

