Page 30 - BUKU PENGURUSAN SEKOLAH TAHUN 2020
P. 30

Panduan Pengurusan Sekolah 2020, SMK Tunku Panglima Besar




           11.    MELAKSANAKAN ARAHAN / TUGAS
                  11.1   Apabila  diarahkan  melaksanakan  sesuatu  tugas,  contohnya  mewakili  sekolah  membawa
                         murid/menghadiri  mesyuarat/mengarahkan  murid  melakukan  sesuatu  tugas,  maka  tugas  itu
                         hendaklah  dilakukan  oleh  guru  berkenaan  dan  staf  yang  ditugaskan  tidak  dibenarkan
                         mengarahkan orang lain tanpa kebenaran Pengetua.

                  11.2   Sekiranya sesuatu tugas itu terpaksa diserahkan kepada staf lain walaupun dipersetujui oleh
                         staf yang menggantikan, mestilah mendapat kebenaran daripada Pengetua terlebih dahulu.

                  11.3   Tugas pengurusan yang sepatutnya dilakukan oleh guru tidak boleh diserahkan  kepada murid,
                         contohnya memegang / menyimpan kunci bilik  – bilik khas di sekolah menanda Buku Jadual
                         Kedatangan, dan seumpamanya.

           12.    PENGGUNAAN ALAT / PERALATAN MILIK SEKOLAH
                  12.1   Guru -  guru mesti bertanggungjawab menjaga alat /  peralatan milik sekolah  yang  digunakan
                         mengikut peraturan yang telah ditetapkan

                  12.2   Barang    –   barang/peralatan   yang   dipinjamkan   hendaklah   dipulangkan   setelah
                         menggunakannya. Barang – barang/peralatan milik sekolah tidak boleh dibawa balik ke rumah
                         tanpa kebenaran pentadbir sekolah.

                  12.3   Sebarang kerosakan / kehilangan perlu dilaporkan dengan segera.

           13.    KESELAMATAN PELAJAR
                  13.1   Semua  guru  yang  mengajar  dalam  bilik  darjah,  makmal,  bilik  –  bilik  khas,  surau,  bengkel  –
                         bengkel, padang adalah bertanggungjawab terhadap keselamatan murid di bawah jagaannya.
                         Oleh  itu,  guru  hendaklah  berhati  –  hati  dan  mengawal  rapi  gerak  –  geri  murid  supaya  tidak
                         berlaku sebarang kecederaan atau kemalangan.

                  13.2   Sesi Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani sentiasa dibawah kawalan guru dan
                         tidak boleh dijalankan di padang semasa hujan, waktu guruh dan kilat .
                  13.3   Sekiranya  berlaku  kemalangan  atau  kecederaan,  guru  yang  bertanggungjawab  hendaklah
                         mengambil  tindakan  segera  dan  melaporkan  kepada  guru  bertugas  dan  Pengetua/Penolong
                         Kanan.

                  13.4   Guru  Kanan  Mata  Pelajaran  adalah  bertanggungjawab  menyediakan  prosedur  langkah  –
                         langkah keselamatan bagi bidang mata pelajaran masing – masing .

                  13.5   Guru Kelas / Guru Mata Pelajaran bertanggungjawab melaporkan kepada Pengetua/ Penolong
                         Kanan sebarang kerosakan peralatan atau apa sahaja unsur - unsur  bahaya.

           14.    MAJLIS  STAF / GURU SEBAGAI AHLI PERSATUAN
                  14.1   Semua guru yang mengajar di sekolah ini secara automatik adalah ahli majlis staf.






           VISI  : Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
           MISI : Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu
                     Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
                                                                                                       21
   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35