Page 31 - BUKU PENGURUSAN SEKOLAH TAHUN 2020
P. 31

Panduan Pengurusan Sekolah 2020, SMK Tunku Panglima Besar




           15.    ORANG LUAR BERJUMPA GURU / MURID
                  15.1   Orang  luar  termasuk  jurujual  tidak  boleh  berjumpa  guru  dan  kakitangan  tanpa  kebenaran
                         Pengetua / Penolong Kanan .

                  15.2   Orang luar(dengan kebenaran masuk ke kawasan sekolah) dilarang berjumpa guru atau murid
                         di bilik darjah semasa guru mengajar.

           16.    MENULIS SURAT RASMI
                  16.1   Semua  surat  berkaitan  hal  sekolah  atau  perjawatan  hendaklah  ditulis  melalui  Pengetua
                         supaya disalurkan kepada pihak tertentu dengan tatacara yang ditetapkan.

                  16.2   “Letterhead”  sekolah  hanya  boleh  digunakan  dengan  kebenaran  Pengetua  dan  surat
                         “Letterhead” sekolah wajib ditanda tangan oleh Pengetua .

           17.    KUNJUNGAN GURU KE JABATAN PENDIDIKAN NEGERI / PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH
                  17.1   Guru  tidak  dibenarkan  ke  Jabatan  Pendidikan  Negeri  /  Pejabat  Pendidikan  Daerah  untuk
                         urusan peribadi pada waktu sekolah.

                  17.2   Guru  perlu  memakai  pakaian  bekerja  dengan  tanda  nama  semasa  membuat  kunjungan  ke
                         Jabatan Pendidikan Negeri atau Pejabat Pendidikan Daerah  untuk urusan rasmi.

           18.    BILIK GURU
                  18.1   Kebersihan  dan  keselamatan  bilik  guru  adalah  menjadi  tanggungjawab  semua  guru.  Ini
                         termasuk keselamatan segala peralatan di dalam bilik guru.

                  18.2   Majlis  staf adalah bertanggungjawab menguruskan bilik guru dan membentuk Jawatankuasa
                         Bilik Guru.

           19.    BUKU STOK / INVENTORI / KUNCI SEKOLAH
                  19.1   Guru Kanan / Ketua Panitia / Guru Penyelaras Unit bertanggungjawab menguruskan Buku Stok
                         atau inventori dan memastikan maklumat dalam stok atau inventori adalah tepat, lengkap dan
                         sentiasa dikemaskini. Buku ini akan disemak dari semasa ke semasa olen Pengetua / Penolong
                         Kanan.

                  19.2   Semua  kunci  mesti  disimpan  di  pejabat  sekolah.  Guru  yang    menyimpan  kunci  bilik  –  bilik
                         tertentu mesti mendapat kebenaran daripada Pengetua.













           VISI  : Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
           MISI : Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu
                     Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
                                                                                                       22
   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36