Page 29 - BUKU PENGURUSAN SEKOLAH TAHUN 2020
P. 29
Panduan Pengurusan Sekolah 2020, SMK Tunku Panglima Besar
8. MESYUARAT / TAKLIMAT / PERJUMPAAN GURU
8.1 Semua guru diwajibkan menghadiri mesyuarat / taklimat yang diberikan oleh Pengetua /
Penolong Kanan seperti yang telah ditetapkan.
8.2 Sekiranya seseorang guru tidak dapat hadir kerana sesuatu sebab, guru berkenaan hendaklah
memaklumkan kepada Pengetua sekurang – kurangnya sehari sebelum mesyuarat dengan
menyerahkan Surat Makluman Sebab Ketidakhadiran.
8.3 Guru – guru wajib hadir dalam mesyuarat yang dikendalikan oleh Guru Kanan Bidang / Ketua
Panitia / Setiausaha Sukan / Ketua – ketua Penasihat Persatuan/Kelab/Unit dan mana – mana
jawatan yang seumpamanya.
8.4 Semua ketidakhadiran guru perlu disusuli dengan Surat Tunjuk Sebab Ketidakhadiran
kepada Pengetua.
9. MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL (MMI)
9.1 Jadual ganti akan dibuat oleh Guru Kanan pada pagi setiap hari persekolahan.
9.2 Guru – guru yang perlu bertugas di luar seperti perlu menghadiri mesyuarat/ kursus dan
sebagainya perlu merancang kerja untuk murid dan serahkan bahan-bahan kepada Penolong
Kanan Pentadbiran untuk kegunaan Guru Ganti.
9.3 Semua guru perlu tahu jadual ganti yang akan ditentukan oleh Guru Kanan.
9.4 Semua guru yang telah mengetahui tarikh kursus, mesyuarat, taklimat dan lain-lain yang
berkaitan lebih awal perlu memaklumkan kepada GK yang membuat Jadual Ganti sekurang-
kurangnya sehari lebih awal supaya jadual ganti dapat dibuat lebih awal .
9.5 Semua Guru Kanan perlu memastikan bahawa semua panitia di bawahnya menyediakan
bahan untuk digunakan sewaktu relief (guru relief apabila ada guru yang sakit)
10. JADUAL WAKTU / JADUAL GANTI
10.1 Guru Kelas hendaklah memastikan satu salinan Jadual Waktu Kelas dipamerkan di dalam
kelas sendiri.
10.2 Semua guru mesti mematuhi jadual waktu mengajar sepenuhnya.
10.3 Guru – guru yang mengajar mesti berada di dalam kelas / tempat mengajar mengikut jadual
yang ditetapkan. Guru – guru tidak dibenarkan meninggalkan kelas kecuali dipanggil oleh
Pengetua/Penolong Kanan atas tugas rasmi.
10.4 Semua guru mesti mematuhi Jadual Waktu Ganti yang ditetapkan kerana Jadual Waktu Ganti
dianggap sebagai waktu mengajar. Oleh itu, guru mesti berada dalam kelas sewaktu Jadual
Waktu Ganti.
VISI : Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
MISI : Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu
Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
20

