Page 27 - BUKU PENGURUSAN SEKOLAH TAHUN 2020
P. 27

Panduan Pengurusan Sekolah 2020, SMK Tunku Panglima Besar




                   2.1.5   Guru/Staf yang mendapat Cuti Tanpa Rekod kerana isteri bersalin (7 hari) atau ahli keluarga
                           terdekat meninggal dunia (3 hari kerana kematian suami /isteri / ibu kandung/bapa kandung /
                           anak/ ibu dan bapa mertua) perlu memaklumkan kepada Pembantu Tadbir untuk dimasukkan
                           dalam sistem kehadiran.

                   2.1.6   “Time - Off slip” yang diperolehi daripada doktor tidak boleh digunakan untuk mendapatkan
                           cuti.  Slip  ini  hanya  dokumen  yang  mengesahkan  bahawa  guru  keluar  daripada  kawasan
                           sekolah dan diperakukan oleh doktor berkenaan bahawa seseorang guru itu telah menerima
                           rawatan  pada  masa  berkenaan.Kehadiran  hari  tersebut  dikira  selepas  4  jam  berada  di
                           sekolah.

                   2.1.7   Majlis Rasmi Sekolah – Semua guru wajib hadir ke semua majlis rasmi sekolah sama ada
                           diadakan di kawasan sekolah atau di luar. Contoh Majlis Rasmi Sekolah: Perhimpunan  Rasmi
                           Mingguan  setiap  hari  Ahad,Perhimpunan  Kokurikulum,Bacaan  Yaasin,  Hari  Anugerah
                           Cemerlang,  Mesyuarat  -mesyuarat  yang  ditetapkan,  Kursus  -kursus  atau  Latihan  Dalam
                           Perkhidmatan, Pertandingan – pertandingan dan seumpamanya.

           3.     CUTI  REHAT
                  3.1    Guru layak memperolehi 10 hari Cuti Rehat dalam 1 tahun. Cuti rehat  bukan hak, ertinya ia
                         hanya  dibenarkan  diambil  setelah  permohonan  dibuat  terlebih  dahulu,  disokong  oleh
                         Penolong  Kanan  (bagi  guru)  /  Ketua  Pembantu  Tadbir  (bagi  staf  sokongan)  sebelum
                         diluluskan oleh Pengetua. Peraturan Dalaman Jabatan Pendidikan Negeri telah menetapkan
                         bahawa cuti hendaklah ditaburkan sepanjang tahun, dengan separuh untuk 6 bulan pertama
                         dan separuh lagi untuk 6 bulan kedua.

                  3.2    Prosedur Permohonan Cuti Rehat:
                         3.2.1   Rancang cuti / bincang dengan Penolong Kanan untuk disokong.
                         3.2.2   Isi Borang Permohonan Cuti dan memohon kelulusan daripada Pengetua
                         3.2.3   Permohonan mendadak /segera melalui telefon adalah sangat tidak digalakkan.

                  3.3    Guru  yang  memohon  CRK  di  kehendaki  mendapat    penggantian  (oleh  guru  lain)  sebelum
                         menghantar  borang  untuk  permohonan  dan  kelulusan.  Sekiranya  tiada  penggantian  ,  guru
                         diminta  menggantikan  waktu  tersebut  pada  waktu  lain  atau  menyediakan  bahan  PdPc  yang
                         lengkap serta serahkan kepada PK Pentadbiran.

           4.     SEKOLAH ADALAH KAWASAN TEMPAT KERJA
                  4.1    Semua guru mesti sentiasa berada di dalam kawasan sekolah/ di dalam kelas(jika ada kelas).

                  4.2    Guru  dilarang  berniaga  /  menerima  kedatangan  jurujual  yang  tidak  dibenarkan  oleh  pihak
                         pentadbir sekolah

                  4.3    Guru tidak dibenarkan membawa orang asing ke kawasan sekolah tanpa mendapat kebenaran
                         Pengetua






           VISI  : Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
           MISI : Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu
                     Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
                                                                                                       18
   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32