Page 33 - BUKU PENGURUSAN SEKOLAH TAHUN 2020
P. 33
Panduan Pengurusan Sekolah 2020, SMK Tunku Panglima Besar
PIAGAM PELANGGAN
Kami staf Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Panglima Besar dengan penuh azam
berikrar akan mencurahkan seluruh tenaga dan usaha kami untuk :
1. Memberi peluang yang sama rata kepada murid untuk memperoleh ilmu
pengetahuan, mengembang bakat dan kemahiran dan pendidikan yang sempurna.
2. Memberi perkhidmatan dan layanan berkualiti berasaskan budaya ilmu
pengetahuan, mengembang bakat dan kemahiran dan pendidikan yang sempurna.
3. Menyediakan kemudahan-kemudahan pendidikan yang selesa dan lengkap
mengikut kehendak dan keperluan pelanggan pelajar ke arah kecemerlangan
insan.
4. Memupuk dan menanam akhlak mulia, nilai-nilai murni dan semangat perpaduan
dalam kalangan pelajar dan semua staf.
5. Sentiasa berusaha meninggikan martabat dan etika profesion keguruan.
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan
Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu
pengetahuan, ketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
VISI : Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
MISI : Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu
Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
24

