Page 32 - BUKU PENGURUSAN SEKOLAH TAHUN 2020
P. 32
Panduan Pengurusan Sekolah 2020, SMK Tunku Panglima Besar
20. AKTIVITI HARI SABTU / JUMAAT / CUTI UMUM
Kawasan sekolah adalah kawasan larangan pada hari – hari bukan persekolahan. Mana – mana aktiviti
tidak dibenarkan dijalankan di kawasan sekolah pada hari cuti, kecuali:
20.1 Aktiviti kokurikulum yang rutin; contohnya aktiviti sepanjang tahun seperti:
20.1.1 Pasukan Unit Beruniform / Kelab Seni Mempertahankan Diri
20.1.2 Aktiviti bermusim seperti Permainan / Olahraga
20.2 Aktiviti One Off; contohnya pertandingan / aktiviti pentas yang telah ditetapkan.
20.3 Syarat:
20.3.1 Dihadiri oleh Guru Penasihat
20.3.2 Ada senarai murid yang terlibat dalam rekod Guru Penasihat
20.3.3 Guru Penasihat menyediakan jadual dan mengedarkan kepada Pengetua / PKP / PKH
/ PKK dan Pengawal Keselamatan Sekolah
20.3.4 Murid tidak boleh merayau di kawasan lain selain daripada tempat aktiviti.
20.3.5 Bagi aktiviti sepanjang tahun yang melibatkan jurulatih luar, Guru Penasihat perlu
mendapatkan butiran diri jurulatih tersebut dan menyerahkan sesalinan butiran tersebut
kepada Penolong Kanan Kokurikulum (untuk difailkan) dan Pengawal Keselamatan
untuk tujuan kebenaran masuk ke kawasan sekolah. Guru Penasihat juga perlu berada
bersama-sama jurulatih luar sepanjang tempoh latihan
21. PERHIMPUNAN SEKOLAH
2.1 Perhimpunan Harian / Mingguan
21.1.1 Semua murid tidak dibenarkan berada di dalam kelas sehingga tamat waktu
perhimpunan (melainkan hari hujan). Semua murid dikehendaki berkumpul di Dataran
Perhimpunan, atau di tempat yang ditetapkan.
21.1.2 Wajib dihadiri oleh semua murid serta guru dan dikendalikan oleh Guru Bertugas.
21.1.3 Keberadaan guru semasa perhimpunan rasmi adalah diwajibkan
21.1.4 Semua guru diminta menandatangani buku kehadiran perhimpunan.
21.2 Perhimpunan Harian DIBATALKAN jika:
21.2.1 Diarahkan oleh Pengetua atas sebab - sebab tertentu.
21.2.2 Ada Ujian / Peperiksaan Sekiranya Perhimpunan Mingguan dibatalkan, Guru Kelas
hendaklah masuk ke kelas masing – masing (7.40 pagi hingga 8.10 pagi) untuk
pengurusan atau “house keeping” kelas.
VISI : Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
MISI : Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu
Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
23

