Page 10 - Pendidikan Moral Tingkatan 5 KSSM
P. 10
Info Tambahan
Memberikan maklumat tambahan berkaitan dengan topik yang
dibincangkan untuk mengukuhkan pemahaman murid.
Kod QR
Mengandungi maklumat dalam pelbagai bentuk seperti laman sesawang,
video dan lain-lain. Kod QR perlu diimbas menggunakan alat peranti bagi
mengetahui maklumat yang terdapat di dalamnya.
AR
Mengandungi maklumat dalam bentuk video dan animasi bagi menarik
minat murid. Teknologi ini menggabungkan dunia maya dan nyata dalam
bentuk 2D dan 3D. Aplikasi AR DBP Pendidikan Moral Tingkatan 5 boleh
dimuat turun daripada aplikasi Play Store dan aplikasi App Store.
Akhirnya, penulis berharap agar buku ini dapat memberikan pengetahuan,
pemahaman dan kemahiran kepada murid. Murid dapat memahami isu moral, membuat
keputusan penyelesaian isu berdasarkan prinsip moral, menyuburkan emosi moral
ke arah tingkah laku berempati dan adil serta memperkukuh elemen perpaduan dalam
diri untuk mewujudkan masyarakat global yang harmoni. Di samping itu, murid berupaya
menghayati dan mengamalkan perlakuan bermoral secara bertanggungjawab dan
berintegriti. Buku ini juga diharapkan dapat melahirkan murid yang berakhlak mulia
dan dapat memberikan sumbangan pada peringkat negara dan global. Semoga hasil
penulisan buku teks ini dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.
Mohd Hilmie bin Mohd Mokhtar
Barathi a/p Santhasaran
Anuratha Bai a/p Subramaniam
x

