Page 7 - Pendidikan Moral Tingkatan 5 KSSM
P. 7
Aktiviti dan latihan yang terdapat dalam buku teks ini juga boleh memberikan peluang
kepada murid untuk berkomunikasi, berkolaboratif dan memberikan maklum balas yang
menjurus ke arah pemikiran yang kritis dan kreatif. Murid dapat mengaitkannya dengan
kehidupan mereka pada peringkat tempatan mahupun global. Guru juga tidak terikat
untuk menggunakan semua aktiviti dan latihan yang terdapat dalam buku ini. Guru
boleh memilih dan menyesuaikannya mengikut keupayaan, kebolehan dan keadaan
persekitaran murid di dalam kelas masing-masing.
Dengan melakukan pelbagai aktiviti seperti yang dicadangkan dalam buku teks ini,
murid berpeluang menguasai pelbagai kemahiran seperti penyelesaian konflik, membuat
justifikasi terhadap dilema moral, kajian masa depan serta kemahiran komunikasi dan
sosial. Dengan menguasai kemahiran tersebut, murid akan menjadi lebih matang.
Ketiga-tiga domain moral turut dikembangkan bersama-sama dengan penerapan
nilai universal dalam pendidikan moral untuk membantu murid membuat keputusan
rasional dalam menyelesaikan sesuatu isu. 18 nilai universal tersebut adalah seperti
yang di bawah.
NILAI MAKSUD
Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam
dan mematuhi segala ajaran berlandaskan pegangan
Kepercayaan kepada Tuhan
agama atau kepercayaan masing-masing selaras
dengan prinsip Rukun Negara.
Kepekaan terhadap keperluan dan kebajikan diri dan
Baik hati orang lain dengan memberikan bantuan serta sokongan
moral secara ikhlas.
Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan
Bertanggungjawab
melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna.
Perasaan dan perlakuan untuk menunjukkan
Berterima kasih
pengiktirafan dan penghargaan.
Hemah tinggi Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia.
Menghargai dan memuliakan seseorang serta
Hormat
menghormati peraturan institusi sosial.
Kepekaan dan perasaan cinta yang lahir daripada hati
Kasih sayang
yang ikhlas.
Kesanggupan untuk menghadapi cabaran dengan yakin
Keberanian
dan tabah.
Bercakap benar, bersikap amanah dan ikhlas dalam
Kejujuran
setiap perlakuan.
vii

