Page 8 - Pendidikan Moral Tingkatan 5 KSSM
P. 8

NILAI                                  MAKSUD

                                               Usaha yang berterusan, bersungguh-sungguh dan
                   Kerajinan
                                               berdedikasi dalam melakukan sesuatu.
                                               Melakukan sesuatu bersama-sama untuk kebaikan
                   Kerjasama
                                               semua.
                                               Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat
                   Kesederhanaan               pertimbangan atau perlakuan tanpa mengabaikan
                                               kepentingan diri dan orang lain.
                                               Bertolak ansur, sabar dan mengawal diri demi kesejahteraan
                   Toleransi
                                               hidup diri dan orang lain.

                                               Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa
                   Berdikari
                                               bergantung pada orang lain.
                   Harga diri                  Berupaya menjaga maruah diri.

                                               Bebas melakukan sesuatu tertakluk pada peraturan dan
                   Kebebasan
                                               undang-undang.

                   Patriotisme                 Bangga dan taat setia kepada raja dan negara.

                                               Boleh berfikir berdasarkan alasan atau bukti yang nyata
                   Rasional
                                               dan dapat mengambil tindakan yang wajar.



                    Bagi memenuhi hasrat KSSM untuk melahirkan murid yang mempunyai kemahiran
                 Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21), pelbagai ciri profil murid juga diterapkan dalam aktiviti
                 dan latihan supaya murid berupaya bersaing pada peringkat global. Ciri profil murid
                 tersebut ialah berdaya tahan, mahir berkomunikasi, pemikir, kerja sepasukan, bersifat
                 ingin tahu, berprinsip, bermaklumat, penyayang, prihatin dan patriotik.
                    Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), iaitu mengaplikasi, menganalisis, menilai dan
                 mencipta turut difokuskan dalam penulisan buku teks ini. Aktiviti dan latihan yang
                 disediakan dapat membuka ruang ke arah strategi pengajaran dan pembelajaran
                 yang menggalakkan murid menyertai secara aktif dan interaktif dalam Pengajaran dan
                 Pembelajaran (PdP).
                    Selain  itu,  Elemen  Merentas  Kurikulum  (EMK)  diterapkan  dalam  penulisan  buku
                 teks ini bagi mengukuhkan kemahiran dan keterampilan murid sebagai modal insan
                 yang berupaya menangani cabaran semasa dan masa depan.









             viii
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13