Page 9 - Pendidikan Moral Tingkatan 5 KSSM
P. 9
Buku teks ini menyediakan pelbagai maklumat bagi menjanakan pemikiran murid.
Yang berikut merupakan penerangan ikon yang digunakan dalam buku ini:
Dimensi Moral
Mengandungi soalan yang menguji pemahaman murid dalam
menyelesaikan sesuatu situasi yang diberikan dengan menggunakan
domain moral, iaitu penaakulan moral, emosi moral dan perlakuan moral.
Penaakulan Moral: Keupayaan mental yang dapat merungkai dan
menyelesaikan masalah atau isu moral dengan sebaik-baik mungkin
secara autonomi, rasional dan objektif berdasarkan prinsip moral.
Emosi Moral: Kesedaran emosi moral melahirkan kepedulian dan hati
nurani yang menyebabkan insan berasa gembira apabila membuat
sesuatu yang betul dan rasa bersalah jika melakukan sesuatu yang tidak
betul. Emosi moral boleh diekspresikan dalam bentuk luahan, perasaan,
fikiran, gerak hati dan lain-lain.
Perlakuan Moral: Tindakan moral yang berkaitan antara penaakulan
moral dengan emosi moral yang dilakukan secara rela hati dengan rasa
bertanggungjawab, akauntabiliti dan berintegriti moral. Dengan itu, murid
dapat merungkai dan mencari penyelesaian bagi sebarang isu, konflik
atau dilema moral yang dihadapi.
KBAT
Soalan yang boleh meningkatkan keupayaan, kebolehan dan kemahiran
murid berfikir secara kritis dan kreatif, membuat penaakulan serta strategi
berfikir yang mantap.
Nilai Universal
Merujuk 18 nilai dalam pendidikan moral dan mengandungi soalan yang
berkaitan dengan nilai yang diaplikasikan berdasarkan situasi yang
diberikan.
Dilema Moral
Memberikan fokus kepada situasi yang menimbulkan dilema kepada
seseorang untuk membuat pilihan tindakan yang patut dan wajar dalam
menyelesaikan situasi tersebut.
Refleksi
Membolehkan murid memberikan maklum balas dan menilai diri
berdasarkan aktiviti dan latihan yang diberikan di samping pengalaman
sedia ada murid.
ix

