Page 106 - Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 5 KSSM
P. 106

Cara Permainan Usung Balak







                                                     1 •   Murid  dibahagikan  kepada  beberapa
                                                          kumpulan. Setiap pasukan bersedia di
                                                          garisan permulaan atau penamat.











                                                     2    Apabila isyarat mula diberikan, setiap
                                                         pasukan yang mengusung  balak akan
                                                         bergerak pantas menuju ke arah kon dan
                                                         perlu berpatah balik ke garisan penamat.










                                                     3    Batang  kayu perlu dipegang
                                                          erat oleh setiap ahli pasukan
                                                          agar tidak terlepas semasa
                                                          berlari.








               Peraturan Permainan Usung Balak
               1  Setiap pasukan mestilah bermula di garisan permulaan.
               2  Setiap pasukan perlu memastikan balak dipikul dengan kemas. Sekiranya
                  balak terlepas, pasukan tersebut akan tersingkir.
               3  Pasukan yang tidak melepasi garisan perlu mengulang semula.
               4  Pasukan yang bertanding mesti mempunyai bilangan peserta yang sama.
               5  Pasukan yang sampai dahulu di garisan penamat dikira sebagai pemenang.




                        Merujuk gambar di atas, huraikan kelebihan strategi
                        susunan pemain oleh pasukan tersebut.


        98
   101   102   103   104   105   106   107   108   109   110   111