Page 108 - Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 5 KSSM
P. 108

AKTIVITI     PAK 21


           Tajuk: Piring Terbang (adaptasi daripada permainan Hoki Terbang)
           Alatan: Frisbee, gelung rotan, kon, bib, jam randik, wisel, borang Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
           Tempat: Padang bola yang telah diubah suai.
           Arahan:
           •  Murid dibahagikan kepada dua kumpulan.
           •  Sebelum pertandingan dijalankan, perbincangan perlu dilakukan untuk mencipta formasi
              baharu. Formasi baharu ini hendaklah diaplikasikan dalam permainan.
           •  Tempoh masa yang ditetapkan adalah selama 20 minit (10 minit bagi pusingan pertama dan
              10 minit yang seterusnya bagi pusingan kedua).
           •  Strategi menyerang dan bertahan boleh digunakan dalam permainan ini.
           •  Setelah  permainan  tamat,  murid  boleh  mengadakan  perbincangan  bagi  menilai  tahap
              kejayaan formasi dan strategi yang telah digunakan.
           •  Pembentangan di dalam kelas perlu dilaksanakan.

            Aktiviti                                                          Piring Terbang
            Masa                                                                 20 minit
            Tarikh
            Kumpulan
            Tandakan (✔) pada pencapaian yang telah dilakukan oleh murid.  Menyerang   Bertahan


            Boleh bermain dan menerangkan peranan  posisi pemain semasa
            menyerang dalam situasi permainan.

            Boleh mengaplikasikan pengetahuan berkaitan strategi menyerang
            menggunakan sistem permainan yang sesuai berdasarkan  situasi
            permainan.

            Boleh memilih dan menggunakan strategi bertahan dan menyerang
            serta memberikan justifikasi.


            Boleh merancang dan melakukan  strategi menyerang dan bertahan
            dalam situasi permainan.


            Boleh membuat penambahbaikan strategi menyerang dan bertahan
            dalam situasi permainan.


           Catatan/Komen/Maklum Balas Murid:

           Rumusan Guru:


       100
   103   104   105   106   107   108   109   110   111   112   113