Page 110 - Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 5 KSSM
P. 110

KECERGASAN FIZIKAL


                        BERDASARKAN KESIHATAN






                       STANDARD
                     KANDUNGAN                                      INFO EKSTRA

           ●  Melakukan senaman kecergasan fizikal             Statistik Kementerian Kesihatan Malaysia
              mengikut komponen kecergasan fizikal             menunjukkan satu daripada dua orang
              berdasarkan kesihatan.                           dewasa menghadapi masalah berat
           ●  Mengukur tahap kecergasan fizikal berdasarkan    badan berlebihan dan menjadikan
              kesihatan.                                       Malaysia sebagai negara yang memiliki
           ●  Mengaplikasikan pengetahuan prinsip              populasi penduduk paling gemuk
                                                               di  Asia pada  tahun  2018.  Kajian juga
              kecergasan dan strategi bagi meningkatkan        menunjukkan masalah berat badan
              kecergasan fizikal berdasarkan kesihatan.        berlebihan dalam kalangan murid
           ●  Mengaplikasikan  konsep,  prinsip  dan  strategi   sekolah berada pada paras 30% daripada
              dalam pentaksiran kecergasan fizikal.            keseluruhan populasi.
           ●  Mematuhi dan mengamalkan elemen                  (Sumber: Buletin KKM, 2019)
              pengurusan dan keselamatan.
           ●  Menunjukkan keyakinan dan tanggungjawab
              kendiri semasa melakukan aktiviti.
           ●  Berkomunikasi dalam pelbagai cara
              semasa melakukan aktiviti.
           ●  Membentuk kumpulan dan bekerjasama dalam
              kumpulan.
           ●  Memahami dan mengaplikasikan etika dalam
              sukan semasa melakukan aktiviti fizikal.



                 ecergasan fizikal berdasarkan kesihatan merupakan suatu keadaan seseorang individu
                 itu boleh melakukan aktiviti-aktiviti harian dengan efektif, menyertai aktiviti-aktiviti
          Ksukan atau riadah dan pada masa yang sama masih memiliki tenaga yang mencukupi
           untuk menghadapi waktu-waktu kecemasan. Kecergasan fizikal meliputi peningkatan kualiti
           komponen-komponen kecergasan fizikal seperti aerobik, komposisi badan, daya tahan dan
           kekuatan otot,  fleksibiliti, ketangkasan, keseimbangan, kelajuan, masa reaksi, kuasa serta
           koordinasi. Dalam unit ini, murid akan diberikan pendedahan berkenaan dengan beberapa
           aktiviti fizikal berpandukan kepada prinsip kekerapan, intensiti latihan, masa dan jenis-jenis
           aktiviti (FITT) yang bersesuaian mengikut kemampuan individu agar mempunyai tubuh badan
           yang sihat. Melalui Ujian SEGAK, murid telah mengetahui tahap kecergasan mereka dan catatan
           Indeks Jisim Badan (BMI) mereka. Berpandukan keputusan ujian tersebut murid-murid boleh
           merancang program latihan untuk mengekalkan atau memperbaiki tahap kecergasan serta
           BMI mereka kepada catatan yang lebih baik.


       102
   105   106   107   108   109   110   111   112   113   114   115