Page 107 - Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 5 KSSM
P. 107

Cara Permainan Usung Balak  Berhalangan
                                                                                                          REKREASI DAN KESENGGANGAN
             •
            1   Permainan  Usung Balak ini boleh ditambah cabarannya dengan meletakkan halangan-
                halangan yang sesuai. Setiap pasukan perlu melalui halangan-halangan tersebut.
             •
            2   Pasukan  akan  melalui  setiap  halangan  sambil  memikul  balak  sebagai  bebanan.  Pemain
                perlu mempunyai stamina dan kecergasan fizikal yang tinggi serta kerjasama yang erat
                untuk melalui setiap halangan yang diberi.

































                Peraturan Permainan Usung Balak
                Berhalangan                                          Tahukah Anda
                1  Penalti akan dikenakan jika terdapat
                   anggota badan atau balak yang
                   dipikul terkena halangan semasa            Permainan Usung Balak ini banyak
                                                              diterapkan dalam latihan ketenteraan.
                   melepasinya.                               Latihan  membawa     bebanan   akan
                2  Pasukan yang gagal melepasi setiap         memastikan setiap anggota tentera
                   halangan dikira kalah.                     mempunyai   semangat   kerjasama  di
                3  Pasukan yang sampai dahulu di              samping menguji ketahanan mental dan
                   garisan penamat dikira sebagai             fizikal mereka.
                   pemenang.






                      Bincangkan bersama-sama rakan:
                      (a) Alatan yang boleh menggantikan balak.
                      (b) Lakarkan bentuk halangan yang boleh menguji pemain.

                                                                                                   99
   102   103   104   105   106   107   108   109   110   111   112