Page 145 - Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 5 KSSM
P. 145
Perpecahan dalam Keluarga
➤ Keluarga yang tidak harmoni akan menyebabkan
kestabilan emosi anak-anak terganggu.
➤ Apabila berlaku perceraian, anak-anak akan
tertekan kerana terpaksa berpisah dengan ibu
bapa dan adik-beradik.
➤ Keadaan ini menyebabkan ketidakstabilan emosi
yang menyebabkan berlakunya kes seperti lari
dari rumah, terlibat dalam gejala sosial seperti
penagihan dadah dan masalah sosial yang lain.
Masalah dalam Persahabatan
INFO EKSTRA
➤ Perbuatan mengejek dan menghina keadaan
fizikal rakan antara perkara yang mengundang Kesihatan Mental di Malaysia
kepada perselisihan faham dan pergaduhan. Membimbangkan?
➤ Pergaduhan atau perselisihan faham dengan Statistik Tinjauan Kesihatan dan
rakan sebaya yang tidak ditangani dengan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2015: PENGURUSAN MENTAL DAN EMOSI
baik dan bertoleransi boleh menyebabkan è 29.2% daripada 4.2 juta penduduk
berlakunya ketidakstabilan emosi. Malaysia berusia 16 tahun ke atas
mengalami penyakit mental
Statistik NHMS 2017:
è 1 daripada 5 remaja tertekan
è 2 daripada 5 berasa bimbang
è 11.2% ada idea untuk bunuh diri
Rujukan : Bernama (2019). Tinjauan
Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan
(NMHS): Kesihatan Mental di Malaysia
Membimbangkan? Perpustakaan Zaaba
IPGKTB.
Berdasarkan pengalaman kamu, bincangkan tiga indikator yang dikenal pasti sebagai
penyumbang kepada punca kemurungan seseorang.
137

