Page 171 - Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 5 KSSM
P. 171

Situasi Penyebab Berlakunya Buli Siber

             Kejadian buli siber tidak melibatkan fizikal seperti kejadian buli yang sering berlaku. Buli siber
             lebih berbentuk maya, namun kesan buruk terhadap mangsa menjadi lebih teruk berbanding
             buli secara fizikal seperti mengganggu emosi, tekanan jiwa dan kesan lain yang tidak dapat
             dilihat dari sudut luaran. Situasi penyebab berlakunya buli siber adalah seperti yang berikut:


                     Melayari atau meluangkan masa dalam
                     talian terlalu lama
                     Banyak  masa  yang  dihabiskan  dengan
             1melayari laman web seperti media sosial
                     untuk mencari sahabat alam maya  dan
                     berbual perkara yang tidak memberikan
                     faedah.

                      Membalas mesej atau menyebarkan
                      mesej yang diterima
                      Kebanyakan mesej yang diterima di media
             2 sosial tidak diketahui punca dan sumber
                      kesahihannya. Kebanyakan pengguna
                      media sosial hanya membaca dan                                                      KESELAMATAN
                      memanjangkan mesej tersebut tanpa
                      menyelidik faktanya. Terdapat juga pengguna
                      media sosial yang suka memberikan komen
                      yang melampaui batas terhadap sesuatu isu.


                      Terlalu yakin dan percaya kepada rakan siber
                      Individu yang naif tentang selok-belok dunia media sosial sering menjadi mangsa.
                      Pembuli siber akan mengambil kesempatan terhadap mangsa apabila mangsa
                      ber
             3 kongsi maklumat peribadi, foto dan video peribadi mereka untuk melakukan
                     serangan.


                        Mendiamkan diri tanpa mengambil apa-apa tindakan
                        Kebanyakan mangsa buli siber hanya mengambil pendekatan mendiamkan diri
                       dan membiarkan sahaja pembuli siber membuli mereka. Pada pendapat mereka,
              4 dengan cara berdiam diri, pembuli siber akan berhenti melakukan jenayah siber.
             5
                      Ingin hidup mewah dengan cara mudah dan cepat
                      Penjenayah dalam talian sering menggunakan kesempatan untuk memerangkap
                      mangsa seperti menjual barangan yang tidak wujud dengan harga yang tidak
                      rasional.  Terdapat juga mangsa yang ditipu dengan  dijanjikan hadiah lumayan
                     dengan syarat perlu memasukkan sejumlah amaun terlebih dahulu.




                                                                                     SP    7.1.3   163
   166   167   168   169   170   171   172   173   174   175   176