Page 176 - Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 5 KSSM
P. 176

Pengurusan Diet Seimbang
           dan Sihat Sepanjang Hayat



                 engurusan diet seimbang bermaksud amalan pemakanan
                 yang bersesuaian dengan keperluan diri seperti dalam
          PPiramid Makanan Malaysia. Diet  seimbang memerlukan
           pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan tubuh yang
           mengandungi nutrien yang lengkap seperti karbohidrat, vitamin,
           mineral dan air untuk tubuh badan. Nutrien yang diperlukan juga
           berbeza mengikut usia, jantina, tahap kesihatan dan jenis aktiviti.   Pinggan Sihat Malaysia
           Manakala pemakanan sihat merujuk pengambilan pelbagai
           jenis makanan mengikut saranan Intenvensi Pengurusan Berat Badan 2018. Bagi memudahkan
           masyarakat mengamalkan pemakanan secara sihat, Pinggan Sihat Malaysia telah dihasilkan oleh
           Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai infografik untuk merancang pengambilan makanan
           dalam setiap hidangan. Pinggan Sihat Malaysia menunjukkan jumlah keperluan makanan yang
           dimakan bagi setiap kumpulan makanan untuk hidangan utama seperti  dalam rajah Pinggan
           Sihat Malaysia.

           Tujuan Pengurusan Diet Seimbang dan Sihat Sepanjang Hayat


            01       Tumbesaran yang setara
                     è  Tubuh badan menerima semua zat makanan yang diperlukan untuk membina
                         tubuh yang sihat dan kuat.
                     è  Tubuh badan yang sihat dan kuat membolehkan para remaja membesar
                         mengikut kesesuaian umur mereka (WHO, 2018).

            02       Mengelakkan masalah obesiti
                     è  Peratusan remaja obes kian meningkat saban hari.
                     è  Pengambilan  makanan  segera  dan tinggi  lemak  semakin  popular dalam
                         kalangan remaja.
                     è  Diet seimbang serta pengambilan makanan dalam kuantiti yang diperlukan
                         boleh membantu mengawal obesiti.

            03       Mendapat sumber vitamin yang mencukupi
                     è  Vitamin mampu menangkis daripada sebarang penyakit.
                     è  Vitamin yang mencukupi juga akan menjadikan  remaja lebih cergas dan sihat.

            04       Mempunyai mental cerdas
                     è  Pengambilan makanan kurang zat boleh mengganggu kecerdasan minda
                         seorang remaja.
                     è  Seorang remaja yang tidak mengamalkan diet seimbang akan kelihatan lesu
                         dan kurang memberikan tumpuan terhadap pelajaran serta tidak dapat berfikir
                         dengan efektif.

       168     SP    8.1.1
   171   172   173   174   175   176   177   178   179   180   181