Page 173 - Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 5 KSSM
P. 173

Latihan Pengukuhan





             1  Sebagai ibu bapa, apakah langkah-langkah keselamatan yang boleh diambil bagi
                memastikan anak anda tidak menjadi mangsa buli siber?

               (a)

               (b)

               (c)


             2  Lihat pernyataan di bawah, cipta sebuah sajak agar orang ramai menghentikan buli siber.



                                               HENTIKAN
                                               BULI SIBER






                 AKTIVITI  PAK 21
             3  Baca dan fahami situasi di bawah. Bentuk kumpulan dan bincang cara-cara untuk membantu
                rakan anda mengatasi masalah buli siber agar masalah ini tidak berlaku kepada murid yang lain.
                    Situasi A

                 Kes penyebaran rakaman video pergaduhan antara dua orang murid di sebuah padang
                 sekolah. Mangsa Ahmad (bukan nama sebenar) berusia 17 tahun mendakwa  dibelasah
                 selain dipaksa bertumbuk dengan rakannya. Punca pergaduhan bermula apabila rakannya
                 dari sekolah lain memukul mangsa kerana tidak berpuas hati dengan isu kehilangan topi
                 keledar di parkir kawasan sekolah mangsa. Mangsa telah membuat laporan polis dengan
                 bantuan kakaknya. Mangsa menjadi trauma, kemurungan dan selalu menyendiri setelah
                 video rakaman pergaduhan itu tersebar di laman sosial.

                    Situasi B
                 Seorang remaja perempuan berumur 17 tahun nekad mencederakan dirinya setelah dia
                 bertukar-tukar mesej, gambar dan video dengan seorang lelaki tampan di laman sosial. Lelaki itu
                 menyatakan hasrat untuk berkawan dengan lebih rapat. Setelah hubungan maya itu berlarutan
                 selama  beberapa  bulan,  lelaki  itu  menjadi  marah  setelah  mangsa  beberapa  kali  menolak
                 pelawaan lelaki itu untuk berjumpa. Lelaki itu mula menghantar mesej berbaur lucah, cercaan
                 dan kata-kata kesat kepada mangsa serta mengugut untuk menyebarkan semua gambar
                 dan video yang dihantar oleh mangsa di laman sosial lain. Mangsa yang mengalami tekanan
                 perasaan telah cuba mencederakan dirinya.


                                                                                                   165
   168   169   170   171   172   173   174   175   176   177   178