Page 172 - Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 5 KSSM
P. 172

Mencegah Buli Siber

           Terdapat beberapa langkah yang boleh diaplikasikan untuk mencegah buli siber. Ibu bapa, adik-
           beradik dan guru dapat membimbing remaja mengaplikasikan langkah ini bagi mengelakkan
           remaja menjadi mangsa atau pemangsa buli siber ini. Langkah untuk mencegah buli siber ialah:



          Amalkan Keselamatan Internet

            è  Tidak mendedahkan sebarang maklumat
                peribadi kepada pihak ketiga.
            è  Tidak berkongsi apa-apa butiran peribadi di
                laman sesawang.
            è  Tidak berkongsi lokasi peribadi di laman sosial.








          Tidak Terlibat dengan Jenayah Siber


            è  Memastikan maklumat yang diterima betul
                sebelum disebarkan.
            è  Menghantar atau memanjangkan mesej yang
                berbaur hasutan dan ancaman adalah menyalahi
                undang-undang.
            è  Tidak menghantar mesej dan visual yang boleh
                disalah tafsir oleh orang lain dan menjadikan
                seseorang itu mangsa.



          Penggunaan Internet  dengan Berhemah

            è  Ibu bapa mendidik anak-anak tentang keselamatan
                Internet dan etika melayari Internet.
            è  Berpesan kepada anak supaya tidak terlibat dengan
                jenayah buli siber yang boleh memburukkan nama
                keluarga.
            è  Berpesan kepada anak supaya tidak berkongsi
                gambar dan video yang kurang sopan.






                     Nyatakan langkah-langkah yang akan diambil sekiranya anda menjadi mangsa buli siber.



       164     SP    7.1.4
   167   168   169   170   171   172   173   174   175   176   177