Page 180 - Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 5 KSSM
P. 180

Kepentingan Pemilihan Diet Seimbang

           dan Sihat Sepanjang Hayat                                                                                               Latihan Pengukuhan

           Pemilihan diet seimbang penting demi meningkatkan daya imuniti badan. Diet tidak seimbang
           boleh mengakibatkan sistem imunisasi badan anda menjadi lemah dan seterusnya terdedah
           kepada pelbagai  penyakit. Proses penyediaan makanan yang betul boleh menyelamatkan diri
           dan membuatkan kita kekal sihat dan cergas sepanjang masa.                                                                        Penduduk Berlebihan Berat Badan di Asia Tenggara

                                                                                                                             12.1       21        13.3      44.2       18.4      26.5       30.2      30.2
           Kepentingan pemilihan diet seimbang

           1.  Meningkatkan imuniti tubuh badan
               ✔  Malnutrisi boleh menyebabkan masalah penurunan tahap imunisasi individu.
               ✔  Pengambilan diet rendah protein mengakibatkan malnutrisi. Individu akan menjadi
                  kurus dan perut kembung atau buncit.
               ✔  Pengambilan nutrien seperti zink, selenium, zat besi, kuprum, vitamin A,C,E, B6 dan asid
                  folik boleh membantu meningkatkan imuniti tubuh.
               ✔  Kegagalan mengambil kumpulan diet ini boleh membantutkan pertumbuhan remaja.

           2.  Mengawal berat badan                                                                                        Kemboja   Indonesia    Laos     Malaysia  Myanmar    Filipina  Singapura  Thailand
               ✔  Makan makanan yang berkhasiat dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap.
               ✔  Pengambilan makanan yang sedikit tetapi kerap dapat mengawal berat badan.                                                             (Sumber : Viola et al. 2016)
               ✔  Berat badan yang ideal akan memudahkan remaja bergerak aktif dan melakukan aktiviti                    1  Statistik di atas menunjukkan kadar obesiti penduduk Malaysia dalam kalangan negara
                  seharian.                                                                                                 ASEAN. Bincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi keadaan tersebut serta nyatakan
               ✔  Obesiti boleh diatasi jika seseorang itu mengamalkan diet pemakanan  yang seimbang.                       langkah-langkah yang boleh diambil  supaya penduduk Malaysia mempunyai Jisim Berat
                                                                                                                            Badan yang normal (BMI berat<24kg/M ).
                                                                                                                                                                2
           3.  Perkembangan mental
               ✔  Kekurangan zat makanan boleh menyebabkan mental seseorang itu tidak cukup cerdas                           AKTIVITI  PAK 21
                  dan mudah letih.
               ✔  Keadaan ini akan membuatkan remaja tidak dapat berfikir dengan rasional.                               2  Nyatakan contoh jenis-jenis snek yang sihat dan bincangkan kebaikan mengambil snek yang sihat.
               ✔  Pemakanan seimbang mempengaruhi aspek mental manusia.




             KESELAMATAN                                               GLOSARI
           Kita digalakkan untuk mengamalkan diet secara sihat   Ekstrem       – Melampau.
           dan  bersenam dalam proses penurunan berat badan.     Anoreksia     – Kehilangan selera
           Namun, terdapat individu yang mengambil jalan singkat                   makan.
           dengan mengamalkan diet secara  ekstrem. Amalan       Bulimia nervosa  – Gangguan tabiat
           diet secara ekstrem menyebabkan penyakit  anoreksia                     pemakanan.
           dan  bulimia nervosa. Penyakit ini mempunyai kesan
           fisiologi yang boleh menjejaskan kehidupan dan emosi                  Faktor-faktor dalam
           seseorang. Kurus dengan cara mendera emosi dan fizikal                 Merancang Diet
           akan menyebabkan masalah lain, iaitu kemurungan.                         Seimbang
                                                                     IMBAS QR

       172      SP    8.1.3                                                                                                                                                                                    173
   175   176   177   178   179   180   181   182   183   184   185