Page 181 - Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 5 KSSM
P. 181

Kepentingan Pemilihan Diet Seimbang

 dan Sihat Sepanjang Hayat   Latihan Pengukuhan

 Pemilihan diet seimbang penting demi meningkatkan daya imuniti badan. Diet tidak seimbang
 boleh mengakibatkan sistem imunisasi badan anda menjadi lemah dan seterusnya terdedah
 kepada pelbagai  penyakit. Proses penyediaan makanan yang betul boleh menyelamatkan diri
 dan membuatkan kita kekal sihat dan cergas sepanjang masa.  Penduduk Berlebihan Berat Badan di Asia Tenggara

                 12.1       21        13.3      44.2       18.4      26.5       30.2      30.2
 Kepentingan pemilihan diet seimbang

 1.  Meningkatkan imuniti tubuh badan
    ✔  Malnutrisi boleh menyebabkan masalah penurunan tahap imunisasi individu.
    ✔  Pengambilan diet rendah protein mengakibatkan malnutrisi. Individu akan menjadi
 kurus dan perut kembung atau buncit.
    ✔  Pengambilan nutrien seperti zink, selenium, zat besi, kuprum, vitamin A,C,E, B6 dan asid
 folik boleh membantu meningkatkan imuniti tubuh.
    ✔  Kegagalan mengambil kumpulan diet ini boleh membantutkan pertumbuhan remaja.

 2.  Mengawal berat badan   Kemboja  Indonesia  Laos  Malaysia  Myanmar  Filipina  Singapura  Thailand
    ✔  Makan makanan yang berkhasiat dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap.
    ✔  Pengambilan makanan yang sedikit tetapi kerap dapat mengawal berat badan.   (Sumber : Viola et al. 2016)
    ✔  Berat badan yang ideal akan memudahkan remaja bergerak aktif dan melakukan aktiviti   1  Statistik di atas menunjukkan kadar obesiti penduduk Malaysia dalam kalangan negara
 seharian.      ASEAN. Bincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi keadaan tersebut serta nyatakan
    ✔  Obesiti boleh diatasi jika seseorang itu mengamalkan diet pemakanan  yang seimbang.  langkah-langkah yang boleh diambil  supaya penduduk Malaysia mempunyai Jisim Berat
                Badan yang normal (BMI berat<24kg/M ).
                                                    2
 3.  Perkembangan mental
    ✔  Kekurangan zat makanan boleh menyebabkan mental seseorang itu tidak cukup cerdas   AKTIVITI  PAK 21
 dan mudah letih.
    ✔  Keadaan ini akan membuatkan remaja tidak dapat berfikir dengan rasional.  2  Nyatakan contoh jenis-jenis snek yang sihat dan bincangkan kebaikan mengambil snek yang sihat.
    ✔  Pemakanan seimbang mempengaruhi aspek mental manusia.




 KESELAMATAN  GLOSARI
 Kita digalakkan untuk mengamalkan diet secara sihat   Ekstrem    – Melampau.
 dan  bersenam dalam proses penurunan berat badan.   Anoreksia    – Kehilangan selera
 Namun, terdapat individu yang mengambil jalan singkat       makan.
 dengan mengamalkan diet secara  ekstrem. Amalan   Bulimia nervosa  – Gangguan tabiat
 diet secara ekstrem menyebabkan penyakit  anoreksia       pemakanan.
 dan  bulimia nervosa. Penyakit ini mempunyai kesan
 fisiologi yang boleh menjejaskan kehidupan dan emosi   Faktor-faktor dalam
 seseorang. Kurus dengan cara mendera emosi dan fizikal   Merancang Diet
 akan menyebabkan masalah lain, iaitu kemurungan.  Seimbang
 IMBAS QR

 172  SP  8.1.3                                                                                    173
   176   177   178   179   180   181   182   183   184   185   186