Page 178 - Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 5 KSSM
P. 178

Kemahiran Memilih Diet Seimbang dan Sihat Sepanjang Hayat

           Memilih diet seimbang dan sihat sepanjang hayat boleh membantu dalam pengurusan berat badan,                                                           5      Bagi melengkapkan hidangan, minum
           pencegahan penyakit kronik berkaitan dengan obesiti seperti tekanan darah tinggi, diabetes dan                                                                air kosong atau minuman tanpa gula.
           penyakit kardiovaskular. Kemahiran ini boleh diguna pakai oleh semua peringkat umur.


                 1     Bayangkan 3 bahagian pada pinggan.

                                          •   Rujuk gambar rajah pinggan dan
                                              bayangkan ada garisan di bahagian
                                              tengah pinggan.
                                          •   Bahagikan satu bahagian pinggan
                                              tersebut kepada dua bahagian kecil
                                              supaya terdapat jumlah 3 ruang pada
                                              pinggan itu (suku, suku dan separuh).                                                                                   •   Pengambilan air kosong sebanyak
                                                                                                                                                                          6 – 8 gelas sehari bagi menggantikan
                                                                                                                                                                          minuman bergula dapat membantu
          2       Isi bahagian suku pertama pinggan anda sama ada dengan nasi, mi,                                                                                        mengurangkan pengambilan kalori
                  roti, bijirin, hasil bijirin atau ubi-ubian, cadangan bijirin penuh.
                                                                                                                                                                          dan mengawal berat badan serta
                                    •   Suku bahagian pertama diisi dengan makanan                                                                                        risiko karies gigi.
                                        tinggi karbohidrat sama ada daripada kumpulan                                                                                 •   Selain itu, susu dan produk susu
                                        makanan ruji, bijirin atau ubi-ubian.                                                                                             merupakan sumber penting protein,           PEMAKANAN
                                    •   Mengambil bijirin penuh boleh membantu dalam                                                                                      vitamin A, vitamin B2 (riboflavin) dan
                                        pengurusan berat badan serta mengurangkan                                                                                         kalium.
                                        risiko penyakit jantung dan diabetes.
                                    •   Contoh bijirin penuh  ialah beras perang, roti
                                        bijirin penuh, mi bijirin penuh, capati bijirin
                                        penuh dan oat.





                   3      Isi bahagian suku  kedua pinggan anda sama ada ikan, ayam,                                           4      Isi separuh pinggan lagi dengan sayur dan tambah 1 sajian buah.
                                                                                                                                                       •
                                                                                                                                                           Semua jenis sayur adalah disyorkan terutama sayur-
                          daging atau kekacang.
                                                                                                                                                           sayuran berdaun hijau (bayam, kailan, kangkung dan
                                             •   Suku bahagian kedua diisi dengan protein sumber                                                           daun salad).
                                                haiwan (ikan, daging, ayam atau telur) atau protein                                                    •   Sayur-sayuran lain juga digalakkan seperti bayam merah,
                                                sumber tumbuhan (tauhu, legum, soya, badam,                                                                kobis ungu dan sayur buah-buahan seperti petola, labu,
                                                pistasio dan biji bunga matahari).                                                                         tomato dan timun.
                                             •   Protein penting untuk membina dan memulihkan                                                          •   Disyorkan agar sayur-sayuran itu dimasak secara
                                                tisu badan.                                                                                                mengukus, mencelur atau menggoreng kilas (stir fry).
                                             •   Pengambilan ikan disarankan lebih kerap                                                               •   Tambahkan dengan buah-buahan seperti betik, pisang,
                                                berbanding  daging ayam,  lembu  dan  kambing                                                              jambu batu dan tembikai susu dalam diet harian.
                                                yang tinggi kandungan lemak.                                                                           •   Diet yang tinggi serat boleh mengurangkan penyakit.
                                             •   Diet yang tinggi kandungan lemak tepu
                                                meningkatkan risiko penyakit jantung koronari.

       170     SP    8.1.2                                                                                                                                                                                     171
   173   174   175   176   177   178   179   180   181   182   183