Page 52 - Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 5 KSSM
P. 52

Sistem Larian 3-1

           ➤  Strategi larian 3-1 memerlukan murid satu (M1) memecut ke arah stopper dan hitter. Murid
               dua (M2) pula menuju ke kiri titik penalti strok untuk mengawal pemain yang cuba untuk
               membiaskan bola ke arah gol.
           ➤  Murid tiga (M3) pula bergerak untuk mengawal serangan daripada pemain yang mungkin
               akan membuat biasan atau jika bola dihantar semula kepada pusher. Post-man akan keluar
               dari dalam gawang untuk mengawal pemain sayap kanan penyerang yang cuba membuat
               biasan dan menutup sudut sebelah kiri gawang.
           ➤  Pemilihan sistem larian 3-1 memberikan kelebihan kepada pertahanan jika pihak lawan
               menggunakan satu bateri stopper dan hitter.
           ➤  Sistem larian 3-1 juga lebih berkesan jika pihak lawan menggunakan set-piece pukulan terus
               (direct hit), drag flick dan slap shot ke arah gol.
           ➤  Sistem larian ini juga memerlukan pemikiran refleks serta tindak balas yang pantas daripada
               semua pelari pertahanan dan penjaga gol untuk bertindak balas sekiranya bola dipukul
               atau disungkit ke arah gol.
           ➤  Penjaga gol mempunyai pilihan merebahkan badan untuk menutup gawang jika  hitter
               melakukan  direct hit, atau penjaga gol kekal berdiri untuk menutup gawang jika  hitter
               melakukan drag flick.


              Petunjuk
                         Pergerakan           M1
              pemain pertahanan


                                                      M2




                         Post-man


                                                                 M3










                                                                      INFO EKSTRA

                                                                Dalam kawasan D, penjaga gol boleh
                    KESELAMATAN                                 menendang bola, menahan bola
                                                                dengan mana-mana bahagian badan
                Murid hendaklah berada pada jarak yang selamat
                semasa murid lain melakukan pukulan agar tidak   dan menghentikan bola dengan kayu
                tercedera terkena kayu hoki.                    melepasi paras bahu.
                                                                (Sumber:  FIH, 2019)

        44     SP     1.4.3, 5.1.2, 5.2.3, 5.5.2
   47   48   49   50   51   52   53   54   55   56   57