Page 54 - Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 5 KSSM
P. 54
Menyerang dan Bertahan
alam situasi permainan, apabila pasukan menghadapi serangan daripada pasukan
lawan, formasi 3-3-4 menjadikan pasukan mempunyai bilangan pemain pertahanan
Dyang lebih ramai untuk mengekang serangan tersebut. Strategi bertahan ini sering
digunakan dan berkesan untuk mengatasi pasukan lawan yang menggunakan formasi 3-3-3-1
semasa menyerang. Bilangan pemain pertahanan bertambah dengan bantuan pemain tengah.
Strategi kawalan zon juga memberikan kelebihan kepada pasukan yang menggunakan formasi
ini kerana pasukan lawan boleh dihalang daripada memasuki zon serangan (garisan 22 meter)
dan kawasan D.
Kamu perlu rancang
formasi yang betul.
Cara Bermain
1 Murid dibahagikan kepada dua pasukan.
2 Ketua pasukan akan berbincang dengan rakan sepasukan untuk memilih formasi
permainan yang akan digunakan berdasarkan strategi menyerang dan bertahan.
3 Formasi permainan dan penentuan posisi tiap-tiap pemain berdasarkan kekuatan dan
kelemahan pasukan lawan.
4 Permainan mengikut peraturan dan Undang-undang Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH).
5 Permainan dijalankan selama 15 minit untuk setiap separuh masa permainan.
Variasi
Permainan ini sesuai dijalankan di gelanggang bola baling, bola keranjang atau bola jaring yang
mempunyai garisan.
46 SP 1.4.4, 2.4.1, 2.4.2, 5.1.2, 5.3.1, 5.5.2

