Page 53 - Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 5 KSSM
P. 53

Sistem Larian 2-2


             ➤  Strategi larian ini akan menggunakan dua orang murid sebagai post-man dan dua orang
                murid sebagai pelari pertama dan kedua.
             ➤  Apabila bola ditolak oleh pusher, murid satu (M1) akan memecut ke arah stopper dan hitter
                bagi menghalang sebarang percubaan ke arah gol.
             ➤  Murid dua (M2) pula akan berlari ke arah kanan dan bertindak untuk menghalang jika bola   HOKI
                dihantar ke kanan atau balik kepada pusher.
             ➤  Kedua-dua post-man akan bergerak ke arah titik penalti strok di kiri dan kanan penjaga gol.
             ➤  Post-man akan mengawal bola dari dihantar ke arah kiri dan kanan tiang gol bagi
                membolehkan pukulan bervariasi biasan dari kedua-dua sudut tersebut dilakukan.
                                            M1
               Petunjuk
                           Pergerakan
               pemain pertahanan                   M2







                Post-man                     M3















                Cara Bermain

            1  Murid dibahagikan kepada dua kumpulan.
            2  Selaraskan strategi bertahan sudut penalti yang dipilih berdasarkan sistem larian.
            3  Satu mata diberikan kepada pasukan bertahan sekiranya strategi serangan sudut penalti
                pihak lawan dapat dihalang.
            4  Tukar peranan selepas setiap pasukan selesai melakukan 3 kali percubaan.




            Kekuatan dan Kelemahan

            Kekuatan
            •  Memberikan kesukaran kepada pemain penyerang untuk melepasi pertahanan.
            Kelemahan
            •  Pemain pertahanan mudah untuk melakukan kesilapan dengan memberikan sudut penalti atau penalti
               strok kepada pihak lawan.


                                                             SP    1.4.4, 2.4.2, 5.1.1, 5.2.3, 5.3.1, 5.5.1  45
   48   49   50   51   52   53   54   55   56   57   58