Page 55 - Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 5 KSSM
P. 55

AKTIVITI      PAK 21

            Tajuk: Serangan Pintar
            Alatan: Kayu hoki, bola hoki, penanda, tiang gol, kon, jam randik, wisel dan Borang
                     Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).
            Tempat: Padang hoki yang diubah suai.
            Arahan:
            1  Murid dibahagikan kepada dua kumpulan berenam.
            2  Murid digalakkan menggunakan formasi yang telah diajar dan menggunakan formasi
                baharu yang mereka cipta semasa permainan.
            3  Perbincangan sebelum pertandingan dalam mereka cipta formasi baharu perlu dilakukan
                dan ahli kumpulan digalakkan mengaplikasikan formasi tersebut dalam permainan.
            4  Tempoh masa yang ditetapkan ialah 10 minit, iaitu lima minit separuh masa pertama dan
                lima minit separuh masa kedua.
            5  Strategi menyerang dan bertahan boleh digunakan dalam permainan ini.
            6  Apabila permainan tamat, murid boleh membuat perbincangan bagi menilai tahap
                kejayaan formasi dan strategi yang telah mereka gunakan.
            7  Pembentangan dalam kelas perlu dilaksanakan.
             Aktiviti                                                          Serangan Pintar
             Masa                                                                 10 minit
             Tarikh
             Kumpulan

             Tandakan (✔) pada pencapaian yang telah dilakukan oleh murid.  Menyerang   Bertahan

             Boleh bermain dan menerangkan peranan posisi pemain
             semasa menyerang dalam situasi permainan.

             Boleh mengaplikasikan pengetahuan berkaitan strategi
             menyerang menggunakan sistem permainan yang sesuai
             berdasarkan situasi permainan.

             Boleh memilih dan menggunakan strategi bertahan dan
             menyerang serta memberikan justifikasi.

             Boleh merancang dan melakukan strategi menyerang dan
             bertahan dalam situasi permainan.


             Boleh membuat penambahbaikan strategi menyerang dan
             bertahan dalam situasi permainan.

             Catatan/Komen/Maklum Balas Murid:

             Rumusan Guru:


                                                                                                   47
   50   51   52   53   54   55   56   57   58   59   60