Page 58 - Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 5 KSSM
P. 58

BADMINTON








                       STANDARD
                     KANDUNGAN

           ●  Melakukan kemahiran badminton dalam
               situasi permainan.
           ●  Mengaplikasikan pengetahuan konsep
               pergerakan dan strategi dalam permainan
               badminton.
           ●  Mematuhi dan mengamalkan elemen
               pengurusan dan keselamatan.
           ●  Menunjukkan keyakinan dan tanggungjawab
               kendiri semasa melakukan aktiviti.
           ●  Berkomunikasi dalam pelbagai cara semasa
               melakukan aktiviti.
           ●  Membentuk kumpulan dan bekerjasama
               dalam kumpulan.
           ●  Memahami dan mengaplikasikan etika
               dalam  sukan  semasa  melakukan  aktiviti
               fizikal.



                 ermainan badminton diminati oleh hampir semua golongan tanpa
                 mengira peringkat umur, agama, kaum mahupun jantina. Sukan
          Pbadminton telah lama bertapak di Malaysia dan telah menjadi
           salah satu sukan yang telah mengharumkan nama Malaysia di peringkat
           antarabangsa. Wira-wira jaguh badminton Malaysia seperti Datuk Punch
           Gunalan, Datuk Misbun Sidek dan Datuk Lee Chong  Wei telah banyak
           berjasa dalam mengharumkan nama negara di persada dunia. Kali terakhir
           Malaysia memenangi salah satu kejohanan berprestij ketika Piala Thomas
           pada tahun 1992. Permainan badminton dapat dijadikan sukan riadah
           yang sihat untuk mengekalkan kecergasan dan kesihatan. Kecergasan
           fizikal yang tinggi sangat membantu pemain melakukan kemahiran dalam
           permainan badminton dengan berkualiti serta kawalan gelanggang yang
           berkesan semasa melakukan strategi menyerang dan bertahan.








        50
   53   54   55   56   57   58   59   60   61   62   63