Page 62 - Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 5 KSSM
P. 62

Strategi Menyerang Beregu

                 ermainan beregu memerlukan kesefahaman yang tinggi ketika beraksi di gelanggang.
                 Permainan beregu memerlukan tindak balas yang lebih pantas dan jangkaan terhadap
           Papa-apa tindakan pihak lawan. Kerjasama  antara pasangan adalah penting semasa
           pelaksanaan strategi menyerang dan strategi bertahan. Jika pasangan dalam posisi atau
           pukulannya yang lemah, rakannya boleh membantu. Strategi permainan beregu adalah untuk
           menyerang dengan laju. Oleh itu, salah seorang pemain boleh berperanan sebagai penyerang.
               Semasa menyerang, kedudukan pasangan adalah seorang berada di bahagian depan
           gelanggang manakala yang seorang lagi berada di belakang gelanggang. Perkara ini dipanggil
           sistem depan-belakang (front-back), iaitu sama seperti posisi membuat servis. Pemain di
           bahagian hadapan yang dekat dengan jaring lebih berpeluang untuk membuat serangan.
           Perkara ini akan memaksa pihak lawan melakukan kesilapan dan memudahkan pasangannya
           menyerang. Pemain hadapan juga berada dalam posisi yang mudah untuk mematikan apa-apa
           pukulan tanggung di hadapan (loose returns).




           Formasi Serangan Wedge

           ➤  Formasi ini adalah untuk mengelakkan beregu lawan
               daripada membuat hantaran silang.
           ➤  Formasi wedge juga sesuai digunakan apabila bulu tangkis
               berada tinggi di tengah gelanggang.
           ➤  Pemain beregu pasukan penyerang membuat  smesy
               lurus dan pasangan beregunya bergerak ke bahagian sisi
               belakang untuk melakukan hantaran balas silang.             M2
           ➤  Sekiranya pukulan balas daripada  beregu lawan adalah
               lurus dan pendek, pemain beregu pasukan penyerang
               perlu bergerak ke hadapan untuk melakukan serangan
               kepada beregu lawan.




                      Variasi

                1  Tambah atau kurangkan
                   bilangan mata permainan.
                2  Menetapkan masa                    M1
                   permainan.












        54      SP     1.5.1, 1.5.2, 1.5.3, 1.5.5, 2.5.1, 2.5.2,  2.5.3, 5.2.4, 5.4.1
   57   58   59   60   61   62   63   64   65   66   67