Page 60 - Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 5 KSSM
P. 60

Strategi Menyerang Perseorangan


                 emasa pertandingan atau permainan badminton, semua pemain bukan sahaja
                 mengambil langkah bertahan tetapi pemain mestilah sentiasa peka dengan setiap
           Sgerakan pemain lawan untuk melakukan serangan. Kebijaksanaan pemain mencipta
           ruang untuk menyerang amat perlu bagi memastikan pemain atau pasukan lawan tidak mampu
           bertahan dengan baik. Dalam masa bermain, semua pemain perlu bijak mengawal gelanggang
           dengan baik. Pemain perlu bergerak ke tengah gelanggang setelah membuat pukulan untuk
           tujuan mengawal gelanggang. Serangan dalam permainan badminton amat penting untuk
           mendapatkan mata kemenangan. Strategi serangan yang berkesan mestilah dilakukan oleh
           pemain supaya pemain lawan mudah melakukan kesilapan dalam proses membalas balik
           dalam serangan balas pukulan semasa perlawanan. Terdapat beberapa teknik menyerang iaitu
           menggunakan pukulan junam (drop), bermain di jaring dan smesy semasa permainan.


           Permainan Jaring dan Smesy

           ➤  Permainan di jaring memerlukan kemahiran permainan yang tinggi seperti
              ketangkasan, masa tindak balas dan sentuhan bulu tangkis yang sempurna.
           ➤  Permainan jaring yang baik juga akan menyebabkan pemain lawan berada
              dalam keadaan bertahan kerana ruang untuk melakukan smesy terhad.
           ➤  Pihak lawan boleh melakukan kesilapan hingga bulu tangkis terkandas di jaring
              atau terpaksa menghantar kembali bulu tangkis tinggi yang menyebabkan
              penyerang mudah melakukan smesy.
           ➤  Pemain  perlu bijak memilih sasaran ketika melakukan  smesy dengan
              mengambil kira kelemahan pihak lawan dan ruang yang sukar dikembalikan.
           ➤  Pemain boleh menggunakan kemahiran pukulan junam (drop) selain smesy
              semasa melakukan serangan.


               Cara Bermain

           1  Permainan dimulakan dengan salah seorang daripada pemain melakukan servis.
           2  Murid satu (M1) akan membuat servis ke gelanggang lawan dan murid dua (M2) akan
               mengangkat servis dengan lifting bulu tangkis ke sebelah kiri depan gelanggang M1
               berhampiran jaring.
           3  M1 akan mengangkat bulu tangkis dengan lob ke belakang gelanggang M2.
           4  M2 akan mengambil peluang dengan bergerak ke belakang untuk membuat lompatan
               smesy ke hujung belakang gelanggang M1.
           5  M2 perlu segera kembali ke tengah gelanggang dan bersedia mengawal gelanggang jika
               smesy yang dilakukan dapat dikembalikan pihak lawan.
           6  Pemain digalakkan untuk mempelbagaikan strategi serangan dalam badminton.
           7  Jika bulu tangkis dimatikan dengan pukulan jaring atau smesy, dua mata akan diberikan.
           8  Pemain bermain dengan situasi sebenar dengan mengaplikasi peraturan dan Undang-
               undang Persekutuan Badminton Sedunia (BWF).


        52      SP     1.5.1, 1.5.2, 1.5.4, 2.5.1, 2.5.2, 5.5.2
   55   56   57   58   59   60   61   62   63   64   65