Page 64 - Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 5 KSSM
P. 64

Strategi Bertahan Perseorangan



                 emahiran bertahan memerlukan seorang pemain bergerak lebih banyak berbanding
                 permainan beregu. Penguasaan dan kawalan gelanggang yang kemas merupakan
           Kstrategi bertahan yang berkesan. Seseorang pemain yang bertahan hendaklah bergerak
           pantas ke arah bulu tangkis. Kepantasan bergerak ini dapat memastikan pemain lebih
           bersedia  mengawal permainan.  Strategi  seterusnya,  seorang  pemain perlu memukul bulu
           tangkis serta-merta apabila mendapat peluang. Tindak balas segera ini boleh mengejutkan
           dan mengganggu pergerakan pemain lawan. Pemain juga perlu membalas balik pukulan
           pihak lawan dengan segera seiring masa yang diambil oleh pihak lawan untuk memulihkan
           momentumnya bagi membalas pukulan pemain. Pemain yang bijak menggunakan kuasa,
           kelajuan, ketepatan, kecergasan dan jangkaan yang baik akan menyebabkan pihak lawan
           melakukan banyak kesilapan ataupun mengalami keletihan. Pemain boleh mengambil
           peluang ini untuk memenangi perlawanan tersebut.



             Petunjuk                                                Saya mesti
                         Pemain bergerak ke penjuru                bergerak pantas.
                         gelanggang
                         Pemain segera kembali
                         ke tengah gelanggang
                                                              M1
                         Pergerakan bulu tangkis






































        56      SP     1.5.4, 2.5.1, 2.5.2, 5.2.1, 5.3.1, 5.5.2
   59   60   61   62   63   64   65   66   67   68   69