Page 70 - Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 5 KSSM
P. 70

PINGPONG








                       STANDARD
                     KANDUNGAN

           ●  Melakukan kemahiran pingpong dalam
               situasi permainan.
           ●  Mengaplikasikan pengetahuan konsep
               pergerakan dan strategi dalam permainan
               pingpong.
           ●  Mematuhi dan mengamalkan elemen
               pengurusan dan keselamatan.
           ●  Menunjukkan keyakinan dan tanggungjawab
               kendiri semasa melakukan aktiviti.
           ●  Berkomunikasi dalam pelbagai cara
               semasa melakukan aktiviti.
           ●  Membentuk kumpulan dan bekerjasama
               dalam kumpulan.
           ●  Memahami dan mengaplikasikan etika
               dalam sukan semasa melakukan aktiviti
               fizikal.




                 ermainan pingpong merupakan permainan yang menggunakan meja sebagai
                 gelanggang dengan jaring di tengah antara dua kawasan gelanggang.
          PPemain akan menggunakan bola kecil yang dibuat daripada sejenis bahan
           plastik (celluloid) dan pemukul atau bet. Seperti permainan lain, pemain pingpong
           juga memerlukan penguasaan kemahiran yang tinggi untuk melaksanakan strategi
           serangan dan bertahan yang berkesan. Strategi menyerang mengandungi teknik
           pukulan, penguasaan bola, mencipta dan menggunakan ruang untuk melakukan
           serangan manakala strategi bertahan pula ialah mempertahankan kawasan
           gelanggang daripada serangan pihak lawan. Sukan pingpong di Malaysia telah
           melahirkan beberapa pemain berbakat yang berjaya seperti Leong Chee Feng
           dari Selangor, Muhamad Ashraf Haiqal dari Kuala Lumpur dan Alice Chang dari
           Sarawak. Pemain-pemain Malaysia ini mampu memberikan saingan dan cabaran
           di peringkat antarabangsa.








        62
   65   66   67   68   69   70   71   72   73   74   75