Page 69 - Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 5 KSSM
P. 69

Latihan Pengukuhan








             1  Berdasarkan video yang dilihat, huraikan strategi menyerang dan
                bertahan  yang digunakan  oleh Datuk Lee Chong  Wei semasa
                menentang Lin Dan.





             2  Dalam pertandingan badminton peringkat Majlis Sukan Sekolah Negeri, pasukan beregu
                anda telah berjaya mara ke peringkat akhir untuk menentukan tempat pertama atau kedua.
                Salah seorang ahli beregu pasukan lawan mempunyai kekuatan smesy yang sangat pantas
                dan sukar dikembalikan.

                Bincangkan bersama rakan, strategi bertahan dan strategi menyerang yang sesuai
                digunakan untuk mengalahkan pasukan lawan.



             3  Anda telah dilantik sebagai pengerusi kelab badminton sekolah. Guru penasihat meminta
                anda mencari bakat-bakat baharu untuk menyertai pasukan badminton sekolah anda.


                Huraikan ciri-ciri pemain yang bakal anda pilih untuk pasukan tersebut.




             4  Dalam acara perseorangan, pemain lawan mempunyai kemahiran bermain di jaring yang
                baik. Berdasarkan lakaran gelanggang badminton di bawah, lakarkan sasaran-sasaran yang
                sesuai dihantar bulu tangkis untuk mengalahkan pemain lawan.
























                                                                                                   61
   64   65   66   67   68   69   70   71   72   73   74