Page 93 - Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 5 KSSM
P. 93

Cara Memasak Primitif


             Dalam ikhtiar hidup terdapat beberapa cara untuk kita memasak makanan. Antara kaedah yang
             digunakan adalah seperti membakar, memanggang atau merebus dengan menggunakan
             sumber-sumber yang terdapat di persekitaran.

             Membakar
             •   Membakar merupakan salah satu kaedah memasak yang                                        REKREASI DAN KESENGGANGAN
                mudah dan praktikal.
             •   Terdapat  beberapa  jenis  bahan  yang  boleh  dimasak
                menggunakan kaedah ini seperti kentang dan telur.
             •   Kentang boleh dibakar terus ke dalam api manakala telur
                pula perlu disalut dengan tanah yang boleh diperoleh
                di kawasan sekitar sebelum dibakar.
             •   Telur akan disalut tebal dengan tanah bagi mengelakkan
                telur pecah semasa dibakar.                                    Bahan-bahan yang
             •   Telur  akan  ditanam  ke  dalam  lubang  sedalam  10-15  cm      digunakan
                dan ditimbus. Letakkan bara api di atasnya.
             •   Telur  telah  masak  apabila  tanah  yang  dibakar  kelihatan   Mengapakah telur tidak
                kering dan merekah.                                             boleh dibakar secara
                                                                                terus ke dalam api tanpa
                                                                                disaluti dengan tanah?

              Proses penyediaan
            1                              2                               3










                                              Korek lubang sedalam           Timbus lubang yang
               Salut telur dengan tanah.      10 – 15cm dan masukkan         mengandungi telur.
                                              telur yang telah disalut.




                   4                                  5




                                                                                           IMBAS QR
                                                                                             Teknik
                                                                                         Membakar Telur
                                                                                          dan Kentang
                      Bara api diletakkan di atas lubang  Telur yang telah masak.


                                                                                                   85
   88   89   90   91   92   93   94   95   96   97   98