Page 96 - Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 5 KSSM
P. 96
Permainan Bola Kecergasan
INFO EKSTRA
ola kecergasan (fit ball) diperbuat daripada plastik
lembut yang mempunyai ukur lilit 35cm hingga Bola kecergasan ini dipanggil
B85cm dan mengandungi angin. Bola ini sering kali dengan pelbagai nama seperti
bola imbangan (balance ball),
digunakan untuk terapi fizikal dan bola latihan untuk bola kelahiran (birth ball),
atlet. Antara aktiviti yang boleh dilakukan dengan bola bola badan (body ball), bola
kecergasan ialah aktiviti permainan bola kecergasan seperti gimnasium (gym ball), bola
permainan Pukul Golek dan Bola Lantunan. gimnastik (gymnastic ball), bola
fisio (physioball), bola sukan
Permainan Pukul Golek (sports ball) atau bola yoga
(yoga ball).
Permainan ini dimainkan oleh sekumpulan pemain sekurang-
kurangnya enam hingga 12 orang. Permainan ini dimainkan
dengan menggunakan sebiji bola kecergasan yang berukur
lilit sekurang-kurangnnya 35cm atau lebih. Seseorang pemain
memerlukan kekuatan kaki, pinggang dan tangan sepanjang
tempoh permainan. Permainan ini sangat menyeronokkan Bola Bola
kerana dapat dimainkan oleh semua orang tanpa mengira kecergasan kecergasan
jantina dan umur. kecil besar
Cara Bermain
1 Pemain akan berdiri membuat bulatan besar. Jarak antara pemain lebih kurang satu meter.
2 Pemain akan berdiri dengan kaki dibuka luas. Bongkokkan badan dan kedua-dua belah tapak
tangan digenggam. Dengan menggunakan kedua-dua belah tangan yang digenggam,
hayun tangan melalui kedua-dua belah kaki ke hadapan untuk memukul bola.
3 Salah seorang pemain akan memulakan permainan setelah pengadil membunyikan wisel.
4 Bola kecergasan boleh dipukul ke arah salah seorang pemain di dalam bulatan.
5 Pemain yang menerima bola akan menghayun tangan ke arah bola dan menghantar kepada
pemain lain dalam bulatan.
6 Pemain tidak boleh menggunakan anggota lain untuk memukul bola kecuali kedua-dua
belah tangan.
7 Pemain yang gagal menerima dan memukul bola yang diterima daripada pemain lain akan
terkeluar daripada permainan dan berada di luar bulatan.
8 Pemain yang terakhir berada di dalam bulatan permainan akan dikira sebagai pemenang.
Peraturan Permainan
1 Pemain mesti mematuhi arahan pengadil pemain.
2 Pemain yang keluar dari kawasan permainan dikira tersingkir.
IMBAS QR
Permainan
Pukul Golek
88
SP 1.8.2, 2.8.2, 5.1.2, 5.2.2, 5.3.1, 5.4.1

