Page 108 - Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan2
P. 108

fasa rejaman                                                                                                        fasa ikut lajak


                                                                                                                                Fasa ini penting bagi mengekalkan keseimbangan badan serta mengawal kelajuan
             Pemindahan daya berlaku dari bahagian kaki ke bahagian tangan.                                                     selepas lembing direjam. Hal ini bagi mengekalkan kelajuan larian serta memastikan
             Hal ini akan menghasilkan kelajuan yang maksimum ketika rejaman                                                    rejaman yang dilakukan tidak dibatalkan kerana memijak atau melepasi garisan
             lembing dilakukan. Sudut pelepasan yang sesuai juga turut memberi                                                  kawasan lari landas. Antara aspek yang perlu diberi tumpuan ketika merejam:
             kesan terhadap jarak rejaman. Aspek-aspek yang perlu diberi tumpuan                                                1.  Sebaik sahaja lembing dilepaskan, langkah setapak ke hadapan dan mendarat
             utama ketika melakukan rejaman:                                                                                        dengan sebelah kaki.
             1.  Lembing berada pada kedudukan bersudut 40°.                                                                    2.  Imbangkan badan dengan kaki yang sebelah lagi.                                                 Olahraga Asas
             2.  Tumit kaki hadapan menekan ke trek serta badan dikilas ke sisi.                                                3.  Rendahkan badan bagi mengimbang dan menstabilkan kedudukan badan.
             3.  Kilaskan badan ke sisi dan belakang dengan menggunakan tangan                                                  4.  Kawal pergerakan supaya tidak melepasi garisan lengkung bulatan.
                 bebas dan daya rotasi pinggul.                                                                                 5.  Pandang pergerakan lembing.
     Olahraga Asas
             4.  Lentik badan ke belakang untuk mendapatkan daya.
             5.  Tolak lembing ke belakang serta tarik ke atas dan ke hadapan
                 untuk melakukan rejaman.
             6.  Pindahkan berat badan ke kaki hadapan.
             7.  Lepaskan lembing pada kedudukan bersudut 40° – 45° dengan
                 tangan yang lurus ke hadapan.










































                                        1                     2                                                                                        1                              2





           100                                                                                                                                                                                                           101
   103   104   105   106   107   108   109   110   111   112   113