Page 62 - Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan2
P. 62

UNit                PERmainan                                                                                                                                                     6.1 m
                   4                  katEgORi JaRing:




                                      sEPak takRaW











                        STANDARD KANDUNGAN                                                                                                                                                                                13.4 m

                                                                                                                                                                                                      4.25 m

               •  Melakukan kemahiran asas sepak takraw dengan
                  lakuan yang betul.                                                                                                                                                                      Jejari 0.3 m
                                                                                                                                                                                        3.05 m          Bulatan
               •  Mengaplikasikan pengetahuan konsep pergerakan                                                                                                                                         servis
                  dan prinsip mekanik dalam kemahiran sepak takraw.                                                                                                                                   2.45 m

               •  Mematuhi dan mengamalkan elemen pengurusan
                  dan keselamatan.

               •  Menunjukkan keyakinan dan tanggungjawab                                                                                                                              Ukuran gelanggang sepak takraw.
                  kendiri semasa melakukan aktiviti fizikal.

               •  Berkomunikasi dalam pelbagai cara semasa
                  melakukan aktiviti fizikal.

               •  Membentuk kumpulan dan bekerjasama dalam
                  kumpulan semasa melakukan aktiviti fizikal.

               •  Memahami dan mengaplikasikan etika dalam
                  sukan semasa melakukan aktiviti fizikal.
                                                                                                                                                                                           Bola sintetik.    Bola rotan.

              Sepak takraw dimainkan oleh tiga orang pemain atau regu
              antara dua kumpulan. Permainan ini merupakan permainan
              kategori jaring. Pada asalnya, permainan ini dikenali sebagai
              sepak raga bulatan. Sepak takraw melibatkan kemahiran
              servis dan menerima servis, menimang, mengumpan, melibas,
              menanduk dan mengadang. Kini, permainan ini telah mengalami                                                                 Regu – Kumpulan.
              pelbagai perubahan dari segi peraturan permainan dan juga                                                                   Servis – Teknik hantaran atau
              boleh dimainkan oleh golongan wanita.                                                                                       sepakan permulaan dalam
                                                                                                                                          permainan sepak takraw dan                  Kasut.                   Jaring.
                                                                                                                                          sebagainya.


           5454                                                                                                                                                                                                           55 55
   57   58   59   60   61   62   63   64   65   66   67