Page 70 - Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan2
P. 70

Teknik lakuan                                  Teknik lakuan
            Bijak kawal


            Kemahiran Menimang

            Kemahiran menimang bola digunakan apabila pemain menerima servis yang dilakukan oleh
            tekong kumpulan penyerang. Kemahiran ini boleh dilakukan dengan menggunakan kaki, paha
            atau kepala. Pemilihan anggota badan yang digunakan untuk menimang bola bergantung kepada
            kedudukan hantaran bola. Kepala digunakan sekiranya kedudukan hantaran bola yang tinggi
            manakala bola yang rendah ditimang menggunakan paha atau kaki. Pemain boleh menggunakan                                                                                                                                Kategori Jaring
            bahagian dalam kaki atau kekura kaki untuk menimang bola.

            Kemahiran Mengumpan
     Kategori Jaring
            Bola yang ditimang akan diumpan kepada pemain lain untuk melakukan serangan. Umpanan
            yang baik akan memudahkan kumpulan untuk menyerang sama ada menggunakan kemahiran
            melibas atau menanduk. Permainan “Bijak Kawal” dapat melatih murid menimang dan mengumpan                                   1           2           3                   1           2           3
            bola dalam permainan sepak takraw.                                                                                               Menimang bola                                 Menimang bola
                                                                                                                                           menggunakan paha.                           menggunakan bahagian
                                                                                                                                                                                             dalam kaki.
                      Cara bermain:                                                                                                                            Saya perlu sentiasa
                                                                                                                                                               memandang bola.
              1.  Murid-murid dibahagikan kepada
                  kumpulan berempat. Buat satu bulatan.        Untuk menimang                                                        M3
              2.  Gunakan sepak sila untuk menimang            dan mengumpan
                                                                bola, kamu mesti
                  dan mengumpan bola. Murid 1                  gunakan sepak sila.
                  membaling bola kepada murid 2 untuk                                                                                                                                                          Saya perlu
                  memulakan permainan.                                                                                                                                                                      menimang dan
              3.  Permainan dijalankan sebanyak tiga                                                                                                                                                         mengumpan
                  pusingan selama lima minit bagi                                                                                                                                                              bola tepat
                  setiap pusingan.                                                                 M4                                                                                                        kepada rakan.
              4.  Setiap sentuhan mendapat satu mata.
              5.  Jika bola jatuh ke tanah, murid boleh
                  memulakan kembali menimang bola
                  jika tempoh lima minit belum tamat.                                                                                                                                                   M2
              6.  Kumpulan yang mengumpul mata
                  paling banyak ialah pemenang.

                                                                                                                                                                      3 meter                              M1 = Murid 1
              Peringatan:                                                                                                                                                                                  M2 = Murid 2
                                                                                                                                                      M1                                                   M3 = Murid 3
              1.  Lakukan senaman memanaskan badan                                                                                                                                                         M4 = Murid 4
                  sebelum memulakan setiap aktiviti dan
                  menyejukkan badan selepas menamatkan                                                                                                                Guru boleh mempelbagaikan permainan dengan:
                  setiap aktiviti.                                                                                                                                    1.  Mengubah suai masa permainan.
              2.  Pastikan kawasan permainan selamat.                                                                                                                 2.  Mengubah suai keluasan kawasan permainan.
                                                                                                                                                                      3.  Menambah atau mengurangkan bilangan murid.

           62       SP: 1.5.3, 2.5.3, 5.1.1, 5.2.1, 5.2.2, 5.4.1                                                                                                                                                          63
   65   66   67   68   69   70   71   72   73   74   75