Page 98 - MySG_Menengah_Final_Garis_Panduan_Tadbir_Urus_Sekolah_Menengah_KPM
P. 98

90






                     14.  Menyelia dan memastikan semua skor dan eviden murid diurus dan disimpan dengan
                           selamat dalam tempoh enam (6) bulan selepas keputusan peperiksaan Sijil Tinggi
                           Persekolahan Malaysia (STPM) dikeluarkan.
                     15.  Menyelia proses pelupusan eviden di bawah pengawasan dalam tempoh enam bulan

                           selepas keputusan peperiksaan STPM dikeluarkan.
                     16.  Memantau penghantaran penskoran mengikut penggal oleh Setiausaha Peperiksaan
                           mengikut format dan masa yang telah ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia
                           (MPM).
                     17.  Mengesahkan eviden kerja kursus yang dihantar ke MPM.

               (D)  PENGURUSAN PEPERIKSAAN (STPM, STAM DAN MUET)
                     1.    Menubuhkan jawatankuasa pentaksiran peringkat sekolah.
                     2.    Menyelia pengurusan peperiksaan.

                     3.    Memastikan pelaksanaan post mortem dan dialog prestasi.
                     4.    Membantu  merancang  dan  menyelaraskan  hal-hal  yang  berkaitan  dengan
                           peperiksaan dan penilaian serta mencadangkan tindakan susulan.
                     5.    Menyelia pengurusan fail induk peperiksaan.
                     6.    Menyelia pengurusan fail panitia/unit mata pelajaran.
                     7.    Memastikan pengoperasian peperiksaan dan penilaian di sekolah mengikut prosedur
                           yang telah ditetapkan.


               (E)  PENGURUSAN BILIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP)
                     1.    Memastikan  bilik  darjah/bilik  kuliah/bilik  tutorial/makmal  berada  dalam  keadaan
                           bersih dan kondusif untuk proses PdP.
                     2.    Mewujudkan  dan  memastikan  situasi  bilik  darjah/bilik  kuliah/bilik  tutorial/makmal
                           yang bermaklumat.
                     3.    Memastikan  bilik  darjah/bilik  kuliah/bilik  tutorial/makmal  yang  sesuai  dengan
                           persekitaran murid.
                     4.    Memastikan  bilik  darjah/bilik  kuliah/bilik  tutorial/makmal  mempunyai  kemudahan

                           untuk pembentangan kerja kursus.

               (F)   PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH
                     1.    Memastikan penyediaan buku dan bahan sumber yang bersesuaian untuk kegunaan
                           murid.
                     2.    Memantau  kemudahan  dan  penggunaan  internet  di  pusat  sumber  sekolah  bagi
                           tujuan penyediaan kerja kursus/penyelidikan.
   93   94   95   96   97   98   99   100   101   102   103