Page 192 - MySG_Menengah_Final_Garis_Panduan_Tadbir_Urus_Sekolah_Menengah_KPM
P. 192

184






                           d.   mengurus  surat  perakuan  pengenalan  diri  calon  bagi  calon  yang  tidak
                                membawa kad pengenalan/sijil kelahiran/dokumen pengenalan diri.  Perakuan
                                hanya boleh dilakukan oleh PGB atau GPK sahaja;
                           e.   membantu Ketua Pengawas Peperiksaan (KPP) mengurus calon-calon yang

                                jatuh sakit pada waktu peperiksaan dijalankan;
                           f.   mengurus keperluan tempat tinggal, makan dan minum calon-calon yang tidak
                                dapat pulang kerana dikuarantin/perintah berkurung/bencana alam;
                           g.   menjaga  keselamatan dan kebajikan calon sekiranya berlaku sesuatu perkara
                                yang tidak dapat dielakkan  seperti peperiksaan berakhir lewat; dan
                           h.   memaklumkan  kepada    PGB  sekiranya  berlaku  kes-kes  yang  memerlukan
                                tindakan segera.
                     23.  Memastikan perkara berikut dilakukan selewat-lewatnya sehari sebelum peperiksaan
                           bermula:

                           a.   membacakan garis panduan, arahan, amaran, larangan dalam jadual waktu
                                peperiksaan kepada semua calon
                           b.   mengingatkan  calon  supaya  membaca  dan  memahami  garis  panduan  dan
                                arahan  peperiksaan  yang  dinyatakan  dalam  jadual  waktu  peperiksaan  dan
                                menandatangani borang pengakuan calon.
                           c.   menyimpan  borang  pengakuan  calon.  Borang  pengakuan  calon  boleh
                                dimusnahkan  selepas  enam  (6)  bulan  dari  tarikh  keputusan  peperiksaan

                                diumumkan.
                           d.   mengingatkan semua calon supaya memakai pakaian seragam sekolah yang
                                lengkap  dan  kemas  serta  sentiasa  mematuhi  peraturan  dalam  dewan/bilik
                                peperiksaan.
                           e.   mengingatkan  calon  supaya  sampai  ke  dewan/bilik  peperiksaan  sekurang-
                                kurangnya 15 minit sebelum peperiksaan dimulakan.
                           f.   mengingatkan calon bahawa sebarang salah laku akan dilaporkan kepada LP.
                                Pengarah  Peperiksaan  mempunyai  hak  untuk  membatalkan  keputusan
                                peperiksaan  mana-mana  calon  yang  didapati  sabit  salah  laku  atau

                                menggantung  keputusan  ini  sebelum  selesai  siasatan  terhadap  perlakuan
                                seseorang calon.
                     24.  Menghadiri taklimat pendaftaran peperiksaan yang diberikan oleh Sektor Penilaian
                           dan Peperiksaan (SPP).
                     25.  Mengedar borang pendaftaran, memberi penerangan tentang (berkaitan) peraturan
                           pendaftaran dan cara-cara mengisi borang pendaftaran peperiksaan awam kepada
                           murid-murid.

                     26.  Mendaftar calon-calon peperiksaan melalui perisian peperiksaan secara atas talian
                           (online).
   187   188   189   190   191   192   193   194   195   196   197