Page 196 - MySG_Menengah_Final_Garis_Panduan_Tadbir_Urus_Sekolah_Menengah_KPM
P. 196

188






                           bagi topik-topik tertentu yang sukar diikuti oleh murid bermasalah penglihatan selaras
                           dengan keperluan individu murid.
                     2.    Mendapatkan  maklumat  dari  guru  mata  pelajaran  untuk  tujuan  pengukuhan  dan
                           pengayaan pada murid semasa pengajaran dan pembelajaran di Bilik Resos.

                     3.    Mengenal  pasti,  menyelaraskan  dan  mengambil  tindakan  sewajarnya  berkaitan
                           setiap perkembangan semasa dalam aspek keperluan kurikulum serta pentaksiran
                           yang melibatkan kepentingan murid bermasalah penglihatan.
                     4.    Menjalankan tugas sebagai guru pendamping di kelas biasa bagi aktiviti amali dan
                           fizikal untuk mata pelajaran dan topik tertentu.
                     5.    Mengajar kemahiran membraille kepada murid yang memerlukannnya.
                     6.    Menjalankan latihan penglihatan terhad (low vision) bagi murid yang masih ada sisa
                           penglihatan.
                     7.    Menjalankan  latihan  orientasi  dan  mobiliti  serta  latihan  kemahiran  hidup  harian

                           kepada murid bermasalah penglihatan.
                     8.    Menjalankan latihan penggunaan deria sentuhan, pendengaran, bau dan rasa.
                     9.    Peruntukan  waktu  pengajaran  dan  pembelajaran  Guru  Resos  adalah  sekurang-
                           kurangnya dua belas (12) waktu seminggu bagi sekolah menengah dan lima belas
                           (15) waktu seminggu bagi sekolah rendah.
                     10.  Waktu  pengajaran  dan  pembelajaran  Guru  Resos  boleh  dianjalkan  mengikut
                           keperluan pembelajaran murid dan dalam jumlah waktu yang diperuntukkan.


               (B)  PENGURUSAN
                     1.    Membraille  bahan-bahan  cetakan  biasa  (buku-buku  teks,  soalan-soalan  ujian/
                           peperiksaan, bahan tambahan) mengikut keperluan.
                     2.    Menulis pindah bahan-bahan Braille yang dihasilkan oleh murid untuk diperiksa oleh
                           guru mata pelajaran.
                     3.    Menyediakan gambar rajah timbul secara manual atau dengan bantuan komputer.
                     4.    Menyediakan  bahan-bahan  cetakan  besar  dan  gambar  rajah  khas  untuk  murid
                           penglihatan terhad (low vision).

                     5.    Merakamkan pelbagai bahan audio bagi membantu pengajaran dan pembelajaran
                           murid di luar masa belajar atau di rumah.
                     6.    Menyelenggarakan peralatan pendidikan khas.
                     7.    Bekerjasama  dengan  guru  lain  di  sekolah  untuk  membantu  murid  bermasalah
                           penglihatan dari segi hal ehwal kebajikan dan kesihatan.

               (C)  KELAS BIMBINGAN DAN AKTIVITI-AKTIVITI TAMBAHAN

                     1.    Mengadakan  kelas  bimbingan  tambahan  bagi  murid  yang  akan  menduduki
                           peperiksaan umum.
   191   192   193   194   195   196   197   198   199   200   201