Page 195 - MySG_Menengah_Final_Garis_Panduan_Tadbir_Urus_Sekolah_Menengah_KPM
P. 195

187






                     f.    borang pemantauan
                     g.    laporan perjalanan program
                     h.    buku log
                     i.    borang-borang lain yang berkaitan

               4.    Mengeluarkan surat penempatan perantis kepada murid yang terpilih dan memaklumkan
                     kepada industri.
               5.    Mengadakan sesi libat urus pihak sekolah bersama ibu bapa/penjaga, pihak industri dan
                     PPD.
               6.    Mengadakan taklimat dan majlis penyerahan perantis kepada industri di sekolah.
               7.    Memastikan perantis melaporkan diri ke industri serta mendengar taklimat berkaitan bidang
                     kerja dan tugasan yang ditawarkan.
               8.    Memastikan perantis mengetahui dan mematuhi peraturan keselamatan yang ditetapkan
                     oleh pihak industri.

               9.    Memantau kehadiran dan keberadaan perantis di sekolah dan industri.
               10.  Memastikan  dan  memantau  tugasan  perantis  dari  semasa  ke  semasa  mengikut  jadual
                     yang ditetapkan.
               11.  Menyemak rekod tugasan harian perantis dalam buku log secara berkala.
               12.  Berbincang  dengan  pihak  industri  dan  ibu  bapa/penjaga  secara  berterusan  berkaitan
                     perkembangan perantis.
               13.  Menganalisis laporan sepanjang tempoh latihan/program.

               14.  Menyediakan dokumen pentaksiran berasaskan tugasan/kerja perantis.
               15.  Menyedia dan membentangkan laporan pencapaian perantis PIMA kepada JK Pengurusan
                     PIMA  (JM13) sebelum dihantar ke PPD.
               16.  Menyediakan laporan prestasi kepada ibu bapa/penjaga secara berkala.
               17.  Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB/pentadbir dari semasa ke semasa.



                                   PM12 | Guru Resos Masalah Penglihatan


                           RUJUKAN
                     i.    Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 6/2007 : Garis Panduan Bidang Tugas dan Tanggungjawab
                          Guru Resos Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Penglihatan
                     ii.    Buku Panduan Pengoperasian Program Pendidikan Khas Integrasi 2015



               (A)  PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
                     1.    Mengajar murid bermasalah penglihatan secara individu atau berkumpulan di Bilik
                           Resos sebelum/serentak/selepas masa pengajaran dan pembelajaran di kelas biasa
   190   191   192   193   194   195   196   197   198   199   200