Page 194 - MySG_Menengah_Final_Garis_Panduan_Tadbir_Urus_Sekolah_Menengah_KPM
P. 194

186







               1.     Portfolio Penyelaras ICT Lantikan Dalaman (PICTLD (PM10)) diwujudkan di sekolah yang
                      tidak mempunyai Pusat Akses yang diiktiraf oleh BSTP KPM bagi melaksanakan tugas
                      Guru Penyelaras Bestari (HM15).

               2.     Tugas PICTLD (PM10) bukanlah sepenuh masa sebagaimana Guru Penyelaras Bestari
                      - HM15 kerana fokus utama masih kepada tugas PdP.
               3.     Waktu mengajar PICTLD (PM10) boleh dikurangkan atas budi bicara PGB.
               4.     Tugas yang dilaksanakan oleh PICTLD - PM10 boleh dirujuk pada tugas Guru Penyelaras
                      Bestari (HM15).
               5.     Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB/pentadbir dari semasa ke semasa.




                      PM11 | Penyelaras Program Perantisan Industri Menengah Atas
                                                          (PIMA)

                      RUJUKAN


                   i.  Surat Siaran KPM-600-14/1/60 JLD.6(80) bertarikh 12 September 2017 : Pelaksanaan Program Perantisan
                      Industri Menengah Atas di Sekolah Menengah Harian Kementerian Pendidikan Malaysia.
                  ii.  Pelaksanaan Program Perantisan Industri Menengah Atas Tahun 2018.


                  iii.  Surat  Siaran  Bilangan 15/2019:  Pelaksanaan  KSSM  Bagi  Mata  Pelajaran  Aliran  Kemahiran  Secara
                      Berperingkat-Peringkat Bermula Tingkatan 4 Pada Tahun 2020.


                     *   Pihak sekolah boleh melantik dua orang guru daripada kalangan guru akademik sebagai
                        Penyelaras PIMA iaitu seorang untuk Tingkatan 4 dan seorang untuk Tingkatan 5.
                     *    Dicadangkan Penyelaras PIMA menjadi guru kelas yang melaksanakan program PIMA.

               1.    Mengendalikan PdP mata pelajaran yang ditetapkan sekurang-kurangnya dua belas (12)
                     waktu seminggu bagi jadual 40 minit satu (1) waktu atau 16 waktu seminggu bagi jadual
                     30 minit satu (1) waktu.
               2.    Menerima permohonan perantis daripada murid yang berminat.
               3.    Mengeluarkan surat tawaran Program PIMA kepada murid terpilih untuk melengkapkan

                     dokumen yang berikut:
                     a.    borang profil perantis
                     b.    surat aku janji perantis dengan pihak sekolah
                     c.    surat aku janji perantis dengan industri
                     d.    surat akuan kesihatan perantis
                     e.    perakuan persetujuan ibu bapa/penjaga
   189   190   191   192   193   194   195   196   197   198   199