Page 232 - MySG_Menengah_Final_Garis_Panduan_Tadbir_Urus_Sekolah_Menengah_KPM
P. 232

224






                     2.    Memastikan semua urusan berkaitan perolehan kerajaan berdasarkan amalan tadbir
                           urus baik (good governance practises) dengan mematuhi prinsip-prinsip perolehan
                           kerajaan dan semua dasar semasa kerajaan.
                     3.    Memastikan peraturan perolehan kerajaan yang berkuat kuasa dipatuhi sepenuhnya,

                           termasuk perolehan bagi item Kontrak Pusat dan Kontrak Sistem Panel.
                     4.    Memastikan  syarikat/kontraktor  yang  mengambil  bahagian  dalam  perolehan
                           kerajaan  berdaftar  dengan  Kementerian  Kewangan  bagi  perolehan  bekalan  dan
                           perkhidmatan serta berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan Lembaga
                           Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM/ CIDB) bagi perolehan kerja.
                     5.    Memastikan penilaian teknikal dan kewangan yang dibuat ke atas sebut harga adalah
                           yang terbaik  dan  paling  menguntungkan (best value  for money)  kepada  kerajaan
                           serta dilaksanakan secara telus.
                     6.    Memastikan  Jawatankuasa  Sebut  Harga  bersidang  dengan  kerapnya  untuk

                           melancarkan  perancangan  perolehan  dan  mempercepatkan  sistem  penyampaian
                           kerajaan.
                     7.    Memastikan perolehan yang dilaksanakan tidak dipecah kecil untuk mengelakkan diri
                           daripada membuat pelawaan secara sebut harga atau tender.
                     8.    Memastikan kontrak ditandatangani oleh pegawai awam yang diturunkan kuasa oleh
                           menteri.
                     9.    Memastikan  semua  kontrak  kerajaan  ditadbir  dengan  cekap  dan  telus  serta

                           memantau  kemajuan  pelaksanaan  projek  agar  tidak  mengalami  kelewatan  atau
                           menjadi projek sakit.

               (D)   PENGURUSAN ASET DAN STOR
                     1.    PGB sebagai ketua jabatan perlu memastikan pengurusan aset dilaksanakan secara
                           cekap,  teratur  dan  berkesan  mengikut  semua  Pekeliling  Perbendaharaan  yang
                           berkaitan.  Ketidakpatuhan  kepada  perkara  tersebut  akan  menyebabkan  sekolah
                           berkenaan mendapat teguran audit.
                     2.    Pengurusan aset diketuai oleh Pegawai Aset dan dibantu oleh Pembantu Pegawai

                           Aset bertanggungjawab untuk:
                           a.   Memastikan  pelantikan  pegawai  (mengikut  keperluan  serta  bilangan  yang
                                bersesuaian) seperti Jadual 5.:
   227   228   229   230   231   232   233   234   235   236   237