Page 242 - MySG_Menengah_Final_Garis_Panduan_Tadbir_Urus_Sekolah_Menengah_KPM
P. 242

234






                           AHLI JAWATANKUASA PIBG
                     1.      Menghadiri semua Mesyuarat PIBG dan mesyuarat biro yang berkenaan.
                     2.    Membantu  merancang  segala  aktiviti  persatuan  sama  ada  pada  peringkat
                           jawatankuasa atau biro-biro.

                     3.    Membantu  menyelaraskan  dan  melaksanakan  segala  aktiviti  persatuan  dan
                           berusaha melibatkan seberapa ramai ahli untuk menjayakannya.
                     4.      Melaksanakan segala arahan dan tugasan yang diberikan oleh PGB dari semasa ke
                           semasa.

               (C)   PELIBATAN IBU BAPA DAN KOMUNITI (PIBK)
                     1.    Menyatukan pihak ibu bapa dan komuniti dengan sekolah.
                     2.    Menerapkan  empat  elemen  sarana  ibu  bapa  iaitu  menyediakan  suasana
                           pembelajaran di rumah, interaksi sosial dengan anak, komunikasi dengan anak dan

                           sokongan terhadap kecemerlangan anak.
                     3.    Menerapkan  enam  (6)  elemen  sarana  sekolah  iaitu  iklim  sekolah,  komunikasi
                           berkesan, sokongan terhadap kejayaan murid, tanggungjawab bersama, kerjasama
                           dengan komuniti dan kumpulan sokongan ibu bapa.

               (D)    KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA (KSIB)
                     Biro  KSIB  ialah  Jawatankuasa  Kerja  dalam  PIBG  yang  berperanan  sebagai  saluran

                     kerjasama dan komunikasi bagi merapatkan hubungan antara ibu bapa, murid, sekolah,
                     alumni, komuniti, agensi awam dan swasta. Mereka memastikan pelibatan KSIB dalam
                     membantu sistem pembelajaran di dalam dan di luar sekolah berpandukan Perlembagaan
                     PIBG yang sedia ada.

                     (D1)  SUKARELAWAN KSIB
                           1.   Membantu  mengenal  pasti  agensi-agensi/  pihak  swasta  yang  berminat
                                membantu  pelaksanaan  aktiviti  KSIB  dan  aktiviti  murid  mengikut  keperluan
                                sekolah.

                           2.   Membantu  mewujudkan  jaringan  dan  rangkaian  sosial  antara  ahli  PIBG,
                                masyarakat setempat, agensi berkaitan dan sektor swasta bagi mendapatkan
                                sokongan dalam pelaksanaan aktiviti KSIB dan aktiviti sekolah.
                           3.   Membantu melaksana aktiviti KSIB seperti yang dirancang dengan komitmen
                                yang baiknya.

                     (D2)  RAKAN KSIB

                           1.   Menawarkan  diri  untuk  sama-sama  membantu  KSIB  melaksanakan  aktiviti
                                yang telah dirancang.
   237   238   239   240   241   242   243   244   245   246   247