Page 243 - MySG_Menengah_Final_Garis_Panduan_Tadbir_Urus_Sekolah_Menengah_KPM
P. 243

235






                           2.   Membantu  usaha-usaha  menambahkan  sumber  dana  kewangan  atau  idea
                                dalam menjalankan aktiviti sekolah yang telah dirancang.

                     (D3)  SUKARELAWAN DALAM KELAS (SdK)

                           1.   PIBG  perlu  mengadakan  mesyuarat  Jawatankuasa  Pemilihan  SdK  bagi
                                memilih  sukarelawan  yang  bersesuaian  sekiranya  ada  keperluan  dan
                                permintaan daripada pihak sekolah.
                           2.   KSIB membantu PIBG mengemaskinikan dan menyelaraskan maklumat SdK
                                yang dipilih.
                           3.   Tugas-tugas SdK adalah seperti berikut:
                                     a)  Membantu guru dalam proses PdP, contohnya :
                                          •   Menjadi fasilitator semasa murid melaksanakan aktiviti
                                          •   Membantu      murid   meningkatkan     pemahaman      terhadap

                                              kandungan pembelajaran atau tugasan yang diberikan.
                                          •   Menyediakan bahan bantu belajar
                                     b)  Berkongsi   kemahiran     atau   maklumat     untuk    memperkaya
                                        pembelajaran dalam kelas, contohnya menceriakan bilik darjah
                                    c)  Memudah  cara  dan  membimbing  aktiviti  individu,  kumpulan  kecil,
                                         kumpulan dalam kelas.




                              JM09 | JK Kelab Kebajikan Guru dan Kakitangan

                           RUJUKAN
                     i.    Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 tahun 2007 : Panduan Pengurusan Pejabat

                     Kelab  Kebajikan Guru  dan  Kakitangan  dianggotai  secara  automatik  oleh  semua  staf  di
                     sekolah. Kelab ini bertujuan untuk menjaga kebajikan dan mewujudkan hubungan harmoni

                     dalam kalangan staf.
               1.    Merancang dan mengurus aktiviti/program bagi kebajikan dan kemajuan staf sekolah.
               2.    Menjadi  penggerak  dan  pengantara  yang  membolehkan  staf  berinteraksi  dan
                     berkomunikasi dalam suasana sosial yang sihat.
               3.    Mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif dan produktif.
               4.    Menyelenggarakan dan menghias susun atur di dalam bilik guru termasuk ruang kerja dan
                     ruang rehat staf.

               5.    Memastikan  aktiviti/program  kelab  dilaksanakan  dengan  sempurna  dan  teratur  seperti
                     yang telah dirancang.
   238   239   240   241   242   243   244   245   246   247   248