Page 238 - MySG_Menengah_Final_Garis_Panduan_Tadbir_Urus_Sekolah_Menengah_KPM
P. 238

230







                     vii.  Pelan Tindakan Sekolah Menghadapi Bencana Alam (KPM dan Unicef), Cetakan Tahun 2008
                     viii.  Persediaan  Menghadapi  Bencana  (Emergency  Preparedness),  Bahagian  Sekolah,  KPM  dengan

                          Kerjasama Unicef.

               1.    Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya dua (2) kali setahun.
               2.    Menyediakan perancangan dan mengatur strategi untuk menghadapi bencana.
               3.    Memaklumkan  kepada  warga  sekolah  tentang  pelan  pengurusan  risiko  menghadapi
                     bencana.
               4.    Menyimpan dokumen dan alat berharga di tempat tinggi dan selamat.
               5.    Memaklumkan  perkara  itu  segera  kepada  jabatan  (KPM/JPN/PPD/Polis/Bomba  serta

                     individu  -  PIBG  dan  ibu  bapa)  seperti  yang  tersenarai  dalam  JK  Pengurusan  Bencana
                     Sekolah untuk mendapat bantuan.
               6.    Memindahkan  semua  warga  institusi  ke  tempat  yang  lebih  selamat  apabila  bencana
                     dijangka akan mencapai paras bahaya atau apabila diarah berpindah oleh Jawatankuasa
                     Bencana di peringkat kebangsaan, negeri atau daerah.
               7.    Mengurus penempatan murid-murid yang tempat kediaman mereka dilanda  bencana agar
                     dapat ditumpangkan murid untuk belajar di sekolah-sekolah berhampiran yang tidak terlibat
                     sehingga bencana reda/terkawal.
               8.    Mengaturkan kerja gotong royong guru-guru, staf sokongan, PIBG, penduduk setempat

                     dan jabatan-jabatan berkaitan bagi sekolah yang dijadikan pusat penempatan sementara.
               9.    Memaklumkan senarai terkini jenis dan jumlah peralatan, kerusi, meja, almari dan lain-lain
                     yang  diperlukan  oleh  pihak  sekolah  kepada  JPN/PPD.  Pesanan  perlu  dibuat  dengan
                     segera.
               10.  Mengenal pasti dan menyenaraikan murid-murid yang memerlukan bantuan kewangan,
                     buku  teks,  peralatan  sekolah,  pakaian  dan  keperluan  sekolah  yang  lain  dan  perlu
                     dimaklumkan ke JPN/PPD untuk mendapat bantuan tersebut.

               11.  Mewujudkan bilik gerakan dan kemudahan mengumpul dan memperoleh maklumat.
               12.  Menyediakan pelan tindakan menghadapi bencana banjir di peringkat sekolah.
               13.  Mengurus rekod dan perkakasan penting sekolah ke tempat-tempat selamat.
               14.  Memastikan sekolah mempunyai peralatan bantuan kecemasan.
               15.  Mengambil  langkah  pencegahan  dan  melaporkan  kes  penyakit  berjangkit  dengan
                     mendapatkan khidmat nasihat daripada pejabat kesihatan (semasa dan selepas bencana).
               16.  Mengambil perhatian serius terhadap pengumuman Jawatankuasa Bencana Alam Negara
                     dan Jabatan Meteorologi dari semasa ke semasa.
               17.  Menyediakan bantuan dan kemudahan kepada calon-calon yang mengambil peperiksaan

                     awam.
   233   234   235   236   237   238   239   240   241   242   243