Page 245 - MySG_Menengah_Final_Garis_Panduan_Tadbir_Urus_Sekolah_Menengah_KPM
P. 245

237






                     2.    Mempengerusikan  mesyuarat  atau  memimpin  panitia  mata  pelajaran  di  bawah
                           kawalannya.
                     3.    Menjalankan penyeliaan ke atas aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
                     4.    Membimbing guru terlatih, guru yang baharu dan guru sandaran dalam menjalankan

                           tugas-tugas mereka.
                     5.    Menentukan  bahan  dan  sumber  pendidikan  digunakan  dan  diselenggara  dengan
                           berkesannya.
                     6.    Mengkaji segala jenis laporan yang berkaitan dengan bidangnya serta mengambil
                           tindakan sewajarnya.
                     7.    Menyelaraskan  pengurusan  dan  perjalanan  aktiviti-aktiviti  bimbingan,  pemulihan,
                           dan pengayaan.
                     8.    Membantu  dalam  perancangan  program  dan menyelaraskan kegiatan  (kurikulum)
                           yang dijalankan oleh kolej, JPN dan KPM.

                     9.    Menganggotai  Jawatankuasa  Kurikulum  sekolah  dan  jawatankuasa  lain  yang
                           diarahkan oleh PGB.
                     10.  Membantu menjalankan kursus, taklimat, penerangan dan perjumpaan di sekolah
                           dalam konteks perkembangan staf, kajian tindakan guru dan kerja kursus pelajar.
                     11.  Memperoleh  dan  menyebar  maklumat  terbaharu  mengenai  pengkaedahan  dan
                           pendekatan PdP yang berkesan kepada guru.
                     12.  Menjalankan  usaha  untuk  mempertingkatkan  dan  memperluaskan  amalan

                           penggunaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu merentas
                           kurikulum.
                     13.  Membantu menggalak dan memperluas amalan penggunaan Bahasa Inggeris dalam
                           kalangan pelajar.
                     14.  Mengenalpasti  masalah  kelemahan  murid  dan  mencari  langkah-langkah  untuk
                           mengatasinya.
                     15.  Melaksanakan  tugas  lain  yang  diarahkan  oleh  PGB/pentadbir  dari  semasa  ke
                           semasa.


               (B)  KETUA UNIT HAL EHWAL MURID
                     1.    Membantu  GPK  Tingkatan  Enam  dalam  pengurusan  hal  ehwal  murid  berkaitan
                           dengan kaunseling, keselamatan, kebajikan dan kesihatan murid, biasiswa dan lain-
                           lain.
                     2.    Mengurus  aktiviti  pembangunan,  disiplin  dan  penampilan  murid  serta  mengurus
                           rekod dan maklumat murid.
                     3.    Merancang dan mengurus aktiviti khidmat masyarakat – sukarelawan dalam aktiviti

                           murid.
   240   241   242   243   244   245   246   247   248   249   250