Page 18 - 1202 Bank Soalan Tatabahasa Tingkatan 4
P. 18
Pentaksiran 2
Jawab semua soalan yang diberikan.
[35 markah]
©PAN ASIA PUBLICATIONS
Soalan 1 : Morfologi
Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan tiga kata kerja transitif. Kemudian, anda dikehendaki
membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda
faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan
atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
Zoo Negara Malaysia ialah sebuah zoo yang pertama di Malaysia dan diuruskan sepenuhnya oleh
Persatuan Zoologikal Malaysia, iaitu sebuah badan bukan kerajaan yang memainkan peranan utama
dalam hal ehwal konservasi hidupan liar, penyelidikan, pendidikan dan rekreasi. Zoo Negara Malaysia
mula dirasmikan pada tahun 1963 oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Almarhum Tunku
Abdul Rahman Putra Al-Haj. Zoo Negara Malaysia bermula dengan koleksi induknya yang kini telah
berkembang sehingga 459 spesies hidupan liar. Zoo yang dihuni oleh kira-kira 5 000 haiwan ini telah
berjaya beroperasi walaupun melalui kesukaran akibat kesan pandemik COVID-19. Pelbagai pihak terus
menyalurkan sumbangan berbentuk bahan mentah, sumbangan kewangan dan sebagainya. Zoo Negara
Malaysia kini menonjolkan konsep zoo terbuka dengan 90 peratus haiwan ditempatkan di kandang terbuka
yang luas dengan hiasan laman yang bersesuaian dengan persekitaran asalnya.
Dipetik dan diubah suai daripada
Laman web rasmi wikipedia, ensiklopedia bebas
https://ms.wikipedia.org/wiki/Zoo_Negara
[6 markah]
(i) Perkataan Ayat
(ii) Perkataan Ayat
(iii) Perkataan Ayat
101

